Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Monday, March 10, 2014

Another wedding highlights after such a long long long hibernation

Kisahnya, ni video highlights kawan aku kawen
Disember lepas.
Skang bulan Mac.
Haha. Video paling lama aku buat. Amek masa 3 bulan.
Sorry la Diha. Aku da explain kat ko kan.. Awal tahun haritu aku ade banyak masalah dan kekangan. Aku xmampu nak siapkan video ni dlm time constraint.

Sunday, July 28, 2013

Wedding Videographer Semenanjung dan Sarawak

Lama dah aku tak promote bisnes aku kat sini. Meh sini nak promote balik.

Selama ni menyepi sebab, hidup dalam "what ifs". Yela, lepas habis belajar bulan november 2012, graduan IPG digantung tak bertali. Tak tahu bile nak posting. So, susah bagi aku untuk amek job wedding. Takut nnt, amek job wedding, tibe2 dpt tau posting n kat sabah sarawak plak. Tak ke naya. So I had to turn down a few wedding jobs la for this past 7 months.

Sekarang aku da dapat posting. Jadi cikgu di SARAWAK. lebih specific, Mukah. Lepas drafting and budgetting sorang2, aku rasa part time job aku as wedding videographer boleh diteruskan. But, kalau di Semenanjung, maybe time cuti sekolah sahaja boleh. And kalau ade clients from Sarawak mahukan perkhidmatan akazami videography ni, boleh la isi form kat website saya.. hehehehe... Mane tau rezeki dapat 1st customer from Sarawak. Dulu masa mule2 start bisnes ade client from Kapit, tapi I had to reject sebab tarikh dia clash dengan one client from Semenanjung. wuuuuu... xde rezeki.

So kepada bride to be and groom to be out there, yang mencari pakej kahwin videography yang murah sangat2, harga berpatutan, meh la usha2 website akazami videography http://akazami.yolasite.com/ untuk keterangan lanjut mcm harga pakej and video2 wedding yang pernah amek pakej dengan saya.

Order form juga bole didapati di website itu, klik saja sinii http://akazami.yolasite.com/contact-us.php


Happy booking guys :)

Monday, January 14, 2013

Video: Faisza & Suhail Wedding Highlights + Accident + Dream Wedding

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Lame rasanya aku tak post video orang kawin. So, today, aku nak share ngan korang sume, my previous client's punye wedding highlights. Client ni from Johor. Kota Tinggi to be exact. Wedding ni masa bulan 12 haritu. Baru skang aku nak share ngn korang. heh. Sorry~ mak banyak keja. Tak saba rasanya nak share ngan korang experience ni, sebab bagi aku a memory that i will never forget. Huhu.

Monday, November 26, 2012

Perkahwinan di Terengganu

Assalamualaikum u ols.

10.11.12.
cantikkan tarikh tu?
tersusun je.
ramai orang pilih tarikh ni untuk melangsungkan perkahwinan mereka
klien aku kali ni asal dari Terengganu. More spesifik, Rusila.

Tuesday, November 20, 2012

Anis & Faiz Wedding Highlights - Ipoh, Perak

Klien kali ni bertapak di Ipoh.
Tarikhnya pada 2hb November dan 3hb November.
1 hari nikah
1 hari sanding.
During my exam week. haha.
Tapi masa bekerja, hati tenang je. tak pikir exam pon. lol.
Sampai rumah, terus study macam nak nangis. haha

I had fun working with them. Such a lovely couple. Takde banyak masalah. They gave their cooperation.
All in all, it was a great experience :). Perkahwinannya boleh dikatakan grand jugaklah. Buat kat Golf Club tuhhh... sewa dewan mauu dekat 10k. Fuhh~

Friday, July 6, 2012

Arabian concept for Tunang? Me loike!!

Sekarang ni aku tau tengah trending perkahwinan Irma Hasmi dengan suami dia Redza kan? Everyone nak cakap pasal kehenseman lelaki dia, kegemilangan majlis dorang, berkonsepkan islamik, sangat cantik, sama padan, bla3...

No no, this is not another entry tentang itu semua. Jika anda ingin baca tentang perkahwinan mereka, sila ke blog laen ye.

Saturday, June 16, 2012

Wedding Highlights: Zurain & Fitri

Assalamualaikum dan Selamat Pagi!

Sekarang jam menunjukkan pukul 4 pagi. Kenapa aku tak tido lagi!!!!!!!! Dah la kul 10 ni nak gerak balik Terengganu. Compem kene ketok ngan member klu tido time dia tengah drive.. hahaha... apela nasib. Sebnanyer bukan sesaje aku tak tido ni. I made a promise that i need tu fulfil and keep.

Alkisahnya,

Sunday, May 27, 2012

Jai & Eida yang kawaii WEDDING HIGHLIGHTS

Assalamualaikum semua. (Jarang-jarang rasanya aku mulakan entri dengan salam. Terasa kematangan diri. Haha)

Harini aku baru habes satu job shoot wedding video dekat Melaka. Sumpah penat beb. Semalam dorang nikah start at 5pm then direct sampai kul 10pm. Itu pun majlis tak habis lagi. Tapi aku balik dulu sebab part aku da setel. Keesokannya, awal2 pagi, kul8 da gerak dari rumah to be there on time. Pagi2 ade plak sesi photoshoot bride with beberapa persalinan. Tengah hari baru sanding. By 5pm, everything da setel, so drove back to Rembau.

Dalam kesibukan membusykan diri, aku xsempat lagi kongsi dengan korang semua tentang my latest artwork of wedding highlights.

Saturday, April 14, 2012

Mahfuz & Edreina Wedding Highlights.

Tak mampu nak fikirkan title yang lebih menarik, aku memilih untuk menggunakan title and straight forward untuk entry kali ni. Terserlah mindaku yang kurang kreatif di situ tatkala malam mula merangkak semakin lewat ini. Eceh. Pandai pulak bermadah berhelah tuh..

First of all, i would to thank both the newly-wed abg Mahfuz n kak Edreina for choosing AKAZAMI videography as their offcial wedding videographer. Kepercayaan yang diberi tidak dipersiakan.

Saturday, December 31, 2011

Perkahwinan yang dinantikan

Okay readers, ini adalah entri sebenar selepas entri melalot tentang subjek utama   (memperkenalkan kakak).

Sampai aku terlupa nak wat entri ni disebabkan kehidupan yang super busy! (ye doppp?) Biasalah, nak bukak sekolah ni kan, macam2 aku sebagai guru kene lakukan... Haritu guru besar da meeting, kate 4hb bukak sekolah, pastu esoknya meeting lagi sekali kate 3hb plak bukak sekolah. Aku ni sebagai guru kelas, mane tak kelam kabutnya! Baju sekolah anak pon tak beli lagi!! Haisshhh.... (harap maaf, tensi sebenarnya lepas IPG aku tuka tarikh masuk belajar).

Wokey, back to the topic. My sister got married 16 Disember yang lepas. And the Reception took place 17 Disember. Saya selaku adiknya cum off. videographer haruslah merekodkan momen2 terindah ini kan? So disini aku lampirkan video mereka semasa akad nikah, bagi sesapa yang tak tengok lagi lah.


Monday, December 26, 2011

Kami dah kahwin. Anda bila lagi?

Mungkin laptop aku terlampau banyak sgt virus. Mane tak nya, download macam-macam. Sampai Videostudio (VS) aku pon da jadi bengong skang. Nak godek-godek, aku tak tau. Kang jadi lagi rosak. Tapi by hook or crook, i need to get the videos edited. Maka terpaksalah aku redah jua VS aku yang mcm boddo nih.

Thursday, December 22, 2011

Hantaran Pihak Perempuan

Takde la susah sangat gubah2 hantaran ni. Senang jek.. tampal-tampal sket ribbon, letak bunga, gam renda-renda. voila! Siap... Yang buatkan ia susah is, bila buat kerja beramai-ramai. Nanti adela suara makcik-makcik bising. Tak lawa lah. tak cukup kreatif la. pok pek pok pek.

Ini gambar yang aku sempat snap masa wedding akak aku haritu. Gambar hantaran-hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki. Adela 1-2 yang aku buat gak.. ehehehe....







Monday, November 28, 2011

Kahwin pada umur 22. Aku bangga.


Pengantin tu umur dia 22. Dia cousin aku. Kitaorang sebaya. Bezanya, dia dah kahwin. Aku bangga. Sebab? Dia cousin aku, dia dah kahwin. at young age. Duit for wedding banyak keluar dari poket dia sendiri. Sebagai cousin, aku bangga dia boleh manage it all by himself. Dan satu lagi yg aku bangga, cucu batch 89 yang memecahkan tradisan keluarga Warisan 10209 untuk kahwin dulu. Hehe.


Saturday, March 26, 2011

Papa Zerat & Mama Ecah : Tahniah!

Tahniah kepada papa n mama di atas perkahwinan mereka. Sampai ke hari ini still xpercaya yang diaorang dah kawin!!! Gosh~ rasanya macam baru je semalam diaorg bercinta. haha. Here's a video highlight of their wedding day :)

Friday, March 18, 2011

Video of Nadia & Rahman Solemnization

Pada Ahad yang lalu bersamaan 13 Mac 2011 (skemanye ayat aku!), saya telah menghadirkan diri ke majlis pertunangan dan pernikahan kakak kawan saya. Ini adalah sedikit highlight untuk apa yg berlaku pada hari tersebut. (Phew! susah nak maintain ayat skema nih)

Saturday, January 8, 2011

Syazwan and Fazlina Wedding Video

Congratulations to Yeop n Fazz for their wedding. All went well, total GRANDE! The shade of grey/silver suited you guys pretty well. Here's a video of the wedding, that i captured and edited myself. The video is taken using my lovely Sanyo HD2000.





Seriously, i had a terrible and hard time editing this video. First, i usually convert the videos i captured to .avi coz the original format is .mp4 which is very large. However, this time, when i converted the videos, all tend to b very jaggy and rough around the edges. I didn't know what causes this. After several trials and errors, i gave up on the video. Then last night, when i had nothing else to do and was pretty bored, i started editing the video again. This time, i didnt convert the videos, hence let it remain .mp4 in format. After i align all the clips that i want in my editing software, i did got a bit heavy for my laptop to hold. Playing the clips to see the outcome was almost impossible coz it keep jumping and not playing smoothly. It really tested my patience. In the end, i pasrah n redha of the "outcome-to-be" and just click 'render' so finish up the video. Thus, the video!

p.s: i really need to work on  my camera stabilizing technique. especially when i zoom in. or, get a steady-cam!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...