Sunday, April 27, 2014

Percutian Yang Dinanti: Mabul-Kapalai-Bohey Dulang, Sabah -Underwater Video-

Hari tu cerita pung pang pung pang pasal holiday ke islands around Semporna sampai lupa nak share video. Haaaa, ni dia video nya. Enjoyla...

Selalu aku pergi holiday dengan kawan2, asyik wat video muke dorang je. Muke aku memang takde. Fokus kat dorang. Skang ni, kasi terbalik la.. Aku banyak selfie shot diri aku. Haha.. Sempena sesuai dengan tema lagu, Rescue by Yuna. Yang ditujukan khas buat diri sendiri.. Huhu. Deep.. deep..

Layankannn...

Pada yang tak baca previous post, we stayed at Arung Hayat when in Mabul. Budget resort yang bagi aku sangat selesa nak berbaloi dengan harga. And di Semporna, we stayed at Dragon Inn. Resort yang memang cantiklah luar dalam, no doubt. huhu..

Saturday, April 26, 2014

Percutian Yang Dinanti : Pulau Mabul - Pulau Kapalai - Pulau Bohey Dulang

Secara personalnya, bercuti ke Pulau Mabul memang dah lama aku idam-idamkan. Sejak dari zaman IPG lagi. Memang aku dah lama berhasrat that one day, aku akan jejakkan kaki ke sana. Pulau yang banyak diperkatakan orang. Mempunyai underwater scenery yang sangat-sangat cantik yang mampu kalahkan Pulau Perhentian. I want to see it for myself. I want to experience it for myself. So, mid-February haritu aku gather my geng kaki jalan and luahkan hasrat dihatiku. Huhu. And Alhamdulillah, depa suma setuju nak gi. Hence, we picked the date, and it happen to be during  good friday holiday.

18-20 April 2014.

As always, aku lah yang kene rancang semua. haha. ticket flight, trip pakej etc. So sepanjang nak sampai ke 18th April tu, keje aku email resort, call sana call sini, carik pakej termurah. And in the end, Alhamdulillah, more or less I got what I want and am satisfied with it. Aku tak merungut. Aku suke handle bende2 gini. Sebab ni holiday aku. So bile aku buat seniri, aku rasa puas hati sebab aku dapat ape aku nak. Aku dapat ape yang aku idamkan dengan harga yang aku inginkan. Cuma terkilan sedikit dengan harga tiket flight lah. Sebab bajet memang tak lebih 300 return, but turn out to be 400++ return. Semuanya sebab lambat beli.

Untuk cost pakej ni pulak, actually aku tak amek pakej dengan resort yang kitorg stay. Perancangan awalnya memang nak amek pakej, which is about rm370-rm430 per pax inclusive of boat ride, snorkeling trip to 2-3 spots, accomodation and food for 3 days 2 nights. Tapi pakej tu mmg takdela snorkel sampai Kapalai or Bohey Dulang. Extra charge klu nak ke situ. Then aku diperkenalkan dengan seorang member kepada member ni yang posting dekat area Semporna. This guy memang best wa cakap lu. Pulau-pulau kat Semporna ni memang hujung janggut dia je. Haha. Baru duk situ tak sampai setahun tapi boleh sembang da macam expert pulau dah. Syukur lah aku ditemukan dengan orang yang betul untuk trip kali ni. So dengan dia lah aku banyak berurusan. Rasa macam menyusahkand dia pon ade jugak. hahahaha. Nasib lah labu.

So anyways, this guy, Omar, dia suggest sewa boat sahaja untuk sepanjang 3 days trip ni. Boat tu akan bawak ke Pulau Mabul where we gonna stay and also to snorkeling places. Dia jugaklah yang suggest pergi Bohey Dulang. Kalau dia tak cakap, memang aku tak akan tau pasal pulau Bohey Dulang nih sebab pulau ni memang tak banyak travel agent promote. So, sebabkan dia expert n dia banyak contact, dia tolong aku setelkan hal boat, and permit bagai. Keje aku, setelkan penginapan dekat Mabul and dekat Semporna. And also flight tix from Sarawak to Sabah. And also kumpulkan orang kampung for the trip. Alhamdulillah trip ni mendapat banyak sambutan, and total number of people yang join = 16!! Tak pernah aku handle group trip sebesar ini.. fuhhh fuhhh~!!! So total cost for the trip only exclusive of flight tix is around RM300 -ish.

So nak tau rentetan percutian aku? Meh aku cite satu per satu.

Monday, April 14, 2014

How to Handle Break Up. Menghadapi Putus Cinta.

Putus cinta tu sakit. Amat menyakitkan. Lagi-lagi bila hubungan tuh dah cecah lebih 5 tahun. Dah rancang masa depan bersama. Dah boleh bau dah nasi minyak tuh. Dah boleh bayang dah duduk atas pelamin sama-sama. Tapi percaturan Allah mengatasi segalanya kan. Kita hanya merancang, dia menentukan. cliche. I know. But that is the truth. Kite boleh bercinta la selama mana pon kita nak. Boleh rancang lah nak sehidup semati dengan dia. Tapi kalau Allah kata dia bukan, maka bukanlah. Walaupun selama bertahun tu ko cube melawan takdir, cube menstabilkan telur dihujung tanduk, kuasa Allah lebih hebat.

Dapat feel dah? Awesome tak intro aku? haha. OK, so this post here, gonna talk you guys through how to handle your break up. Well, you might disagree with me, but this is how I handle break up, and so far it is working out great. So, maybe if you find it hard to handle your break-up, lets give my way a try!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...