Monday, April 14, 2014

How to Handle Break Up. Menghadapi Putus Cinta.

Putus cinta tu sakit. Amat menyakitkan. Lagi-lagi bila hubungan tuh dah cecah lebih 5 tahun. Dah rancang masa depan bersama. Dah boleh bau dah nasi minyak tuh. Dah boleh bayang dah duduk atas pelamin sama-sama. Tapi percaturan Allah mengatasi segalanya kan. Kita hanya merancang, dia menentukan. cliche. I know. But that is the truth. Kite boleh bercinta la selama mana pon kita nak. Boleh rancang lah nak sehidup semati dengan dia. Tapi kalau Allah kata dia bukan, maka bukanlah. Walaupun selama bertahun tu ko cube melawan takdir, cube menstabilkan telur dihujung tanduk, kuasa Allah lebih hebat.

Dapat feel dah? Awesome tak intro aku? haha. OK, so this post here, gonna talk you guys through how to handle your break up. Well, you might disagree with me, but this is how I handle break up, and so far it is working out great. So, maybe if you find it hard to handle your break-up, lets give my way a try!

1. Menangislah

Jangan ditahan airmata tuh. Lepaskan. lagi ko tahan lagi sakit. Lagi ko rasa sedih. Hidup dalam kemurungan. Bila aku rasa aku nak nangis, aku nangis. Nangis sepuas-puasnya. Fikirkan salah diri. Fikirkan dia. Dan lepas puas nangis, kau akan rasa lega. You can get on with your day. Janganla nangis je sepanjang hari sampai satu keje pon tak jalan!

2. Sibukkan diri dengan kerja.
Ni yang aku buat masa mula-mula break up dulu. I go to work. Stay back for a few hours. Lewat petang baru aku balik rumah. Aku busykan diri aku dengan kerja. Supaya aku takda masa nak fikir apa-apa. Sumpah aku cakap, bila aku sibuk bekerja, memang aku tak sempat nak pikir langsung pasal masalah aku. Lagi-lagi sekolah aku tu xde line telefon n line tenet. Memang 100% aku concentrate dekat work. Aku dapat rasakan bezanya break masa zaman belajar dulu n break masa zaman kerja. Masa zaman belajar, klu break, senang betul kite nak teringat kat dia.. sebab xde bende nak buat utk membusykn diri. Nak study punye la malas kann.. haha. Now dah kerja, memang aku rasa,mudahlah nak busy kan diri. I can totally feel the difference. Tapi, bile balik rumah tu, memang teringatlah kan.. Haha. nak wat cmne. kuatkan diri ajo!

3. Bonding time with your friends.
Rapatkan diri dengan kawan-kawan anda. Masa becinta dulu, slalunye everything that happen to u that day, you will surely tell ur partner right? Tapi skang dia dah takde. Pada sape nak luahkan? Phone pon dah tak sebising dulu. Phone pon skang ntah kat mane letaknya. Klu dulu sentiasa lekat di tangan. Spend time la dengan ur friends. They know how to cheer u up. Tak payahla jadikan kawan tu tempat luahkan segala apa yang jadi kat diri ko harini. Dia tu bukan boyfriend ko, kawan je. Bawak-bawak besembang. Dulu masa ade boyfriend, lupe kawan kan?

4. Pergi Holiday + Shopping
Duit saving untuk kawen banyakk kan? Bape juta dah saving? Skang da tak jadi kawen kan? Ape lagi.. guna la duit tu untuk pergi holiday dengan kawan-kawan. Zaman bujang ni la ko nak holiday dengan dorang. Enjoy your single life. Enjoy sepuas-puasnya. Supaya ko tak menyesal nanti. Dan bershoppinglah.. sesungguhnya shopping itu adalah satu therapy untuk hati yang sedih dan berduka lara.

After aku break haritu, aku teros decide aku nak pergi Mabul. Asalnya memang ade niat aku nak pergi ni dengan soulmate pas kawen. Tapi, bila da break ni, tak tau bile la plak nak jumpe soulmate baru kan. Rasa macam lambat je lagi. So macam tak sabar la plak nak gi Mabul. Teros aku msg kengkawan. Cari cuti yang macam best, set date, book flight. InsyaAlllah, doakan trip kami ni berjaya. Selamat pergi, selamat balik. Sikit hari je lagi tinggal ni utk trip ke Mabul.

Satu lagi impian aku. Nak panjat Gunung Kinabalu. Yang ni entah bile. Rasa macam tak cukup bulan je nak pegi nih..

Pastu bile duit da kering, ade plak prince charming turun dari kayangan tetibe masuk meminang kan.. mane nak cekau duit? haha.. pepandaila korang berbelanja ehh..

5. Write a diary.
Ok. Ni jarang-jarang aku buat sebenarnya. But it does help. Kalau tetibe rasa rindu kat dia kan, tapi tak dapat nak gtau dia kan, tulis lah. Luahkan semuanya kat atas kertas. Tak pun buatlah list kenapa korang tak xsesuai as a couple, so that nanti bile tetibe rasa rindu kat dia, ko baca balik list tuh.. Pastu sentap sensorang. Pastu teros tak jadi nak contact dia cakap ko rindu dia, sayang dia and all that shitzell.. haha

6. Dekatkan diri pada Allah.
Haaaaaa.. ni yang penting. Time becinta dulu banyak sangat dah dosa korang wat. Sebab tu Allah tak restu. Sebab tu Allah pecah belahkan korang. Time becinta taknak ingat Dia. Dok wat pala sniri jaaaa... Hamek kawww... Allah taknak tengok korang bersatu. So skang, g amek wudhuk, bentang sejadah, sembahlah Dia. Mintak ampun bebanyak kat Dia. Doa banyak2 kat dia. Mengaji, berzikir. Klu korang malas nak tulis diary, takde kawan-kawan nak dijadikan tempat luahan perasaan, ingatlah, Allah sentiasa ada. Dia ada untuk mendengar semua masalah korang.

Penutup.
Alhamdulillah, selepas beberapa bulan ni, aku ok. Mula-mula memang susah. Tapi sekarang aku ok, Bohongla da recover 100%. Sekali sekala memang teringat. Tak salah nak teringat. Itu bukti kite ade perasaan. Aku kalau teringat, aku memang takkan lawan perasaan tu. Layan kan saja. Tetibe rasa nak tengok gambar, tengok lah gambar. Read all the text messages and chats.
Memang rasa sedih. Tapi layan kan saja. Coz i keep telling myself this one thing, "Just remember him if you want to remember him, eventhough it will hurt. Because then will come one day, when u suddenly remember him, but you dont feel a thing anymore" Saat tu, perasaan semua dah tepu. Aku menanti hari tu datang.



errr.. tu je kot? Klu korang de cara korang seniri, mohon lah share :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...