Monday, March 25, 2013

Pengalaman Program Penilaian Khas PISMP 09 di Putrajaya

Fuh. lama betul tak update blog. Ok, xnak buat ayat cliche, " dah bersawang blog aku" sebab aku xnampak pon sawangnye kat mana. amende intro aku macam ^%$#@ je nih..

So dipendekkan cite, di malam yang mulia ini aku nak cite pengalaman aku pergi program Penilaian Khas di Putrajaya pada 21 Mac yang lalu. Kepada yang tak tau, program Penilaian Khas ini diadakan untuk pengesahan jawatan DG 41. Dan hanya yang terpilih saje layak penilaian khas ni, iaitu mereka yang cemerlang peperiksaan dan praktikal. ehem.ehem.ehem. Bagi mereka yang kurang bernasib baik, harus melalui interview. Ok, so that's a lil bit overview of what Pen.Khas is.

Saturday, February 9, 2013

Resepi : Grilled Cheese Sandwich

Sejak duduk rumah ni. Jarang sangat masak nye. Bukan pe, dok ngan ibu. Ibu memang jarang makan skang. Diet la kononnye. Breakfast kat skola, pastu balik umah mane makan dah. Takkan aku nak masak untuk diri aku sorang. Soo, membazir masa n tenaga. Aku bukan jenis yang suke melakukan pembaziran bodoh seperti itu. Wah. kasarnya bahasa kau dik non! Haha. Jadinya, dapur memang jarang berasap.

Apabila kucing kemalangan, hidung berdarah dan tersumbat.

Detailed tak title aku kali ni? haha. detailed kan. haruslah. Supaya orang tau entry aku kali ni pasal ape. Tau tak pasal ape? Pasal kucing yg eksiden, pastu berdarah idong, pastu menyebabkan idong dia tersumbat. Ha, tu la pasalnya entry aku kali ni. Paham tak? Tak paham? Nak aku explain lagi sekali? Ok. entry kali ni aku nak cerita kan kengkorang semua apa terjadi happen berlaku apabila kucing kesayangan korang terlibat dengan kemalangan, pastu menyebabkan idong dia berdarah dan kemudiannya mengakibatkan hidung dia tersumbat disebabkan pembekuan darah di dalam hidung atau seumpamanya. Paham dah?

Monday, January 21, 2013

Tips bawa kucing naik kenderaan

Assalamualaikum chuols~
Harini aku nak share sedikit tips yang boleh korang apply pada kucing korang if korang nak bawak kucing korang kua jenjalan naik kereta.

Kebanyakan kucing, dorang ni kalau dibawak naik kereta, kompem jadi bising yang teramat sangat. Miaow miaow tak henti-henti! Boleh bikin stressches! Yang selama ni klu kat umah tu senyap je keje makan tido, makan tido, bile bawak naik keta je, teros jadi agresif and bising. Haha. Tapi siapa yang dapat kucing yang senyap tu masa naik kereta, Alhamdulillah la korang. Sangat beruntung. Dulu arwah Boboi jenis yang senyap klu naik keta. Dia layan jeee... wuuuuuu~~ tetibe teringat kat Boboi.

*tarik nafas. lepas*

Thursday, January 17, 2013

I was cited!

Assalamualaikum chuols~

Haaa.. ape berita menarik hari ni happen tu chuols? Menang peraduan teka dan menang? Dapat cabutan bertuah? Dapat bonus dari bos? Haaaaa... congrats la chuols kalau dapat semua tuhh.. Untung chuols. Kak Lisa tumpang gembira. eh. Kak Lisa?? Puhhleezzzzz... haha...

Today ahkak nak kongsi sikit la berita gembira yang terjadi pada diri ahkak ni. Em. Gembira ke? Macam tak tepat je penggunaan perkataan tu. Em. em. em. Lebih kepada teruja dan terkezot zzt zzt.. Haaa giteww.. macam kene kejotan elektrik bile ahkak dapat tau berita ni.. Haha. Mungkin kalau chuols dapat tau berita ni, bagi chuol, alah Kak Lisa ni, bende macam ni pon nak khepohhh... Tapi tu la chuols.. Ahkak ni manusia biase, bende tecit2 pon ahkak teruja.. haaaaa... Jerawat ahkak kecot pon ahkak teruje chuols~~~ jangan tak tawuuuu... ahahahahah.... Dah melalot panjang plak ahkak. Masuk bab jerawat pulak.. Bile nak ceritanyaaa.. chuols mesti da tak sabau sabau nak tau kan amende yang ahkak teruja sangat ni smp merepek petang2 giniii... lupe makan ubat keeee.....

Monday, January 14, 2013

Video: Faisza & Suhail Wedding Highlights + Accident + Dream Wedding

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)

Lame rasanya aku tak post video orang kawin. So, today, aku nak share ngan korang sume, my previous client's punye wedding highlights. Client ni from Johor. Kota Tinggi to be exact. Wedding ni masa bulan 12 haritu. Baru skang aku nak share ngn korang. heh. Sorry~ mak banyak keja. Tak saba rasanya nak share ngan korang experience ni, sebab bagi aku a memory that i will never forget. Huhu.

Tuesday, January 8, 2013

Masalah blog: 1 blog, 2 email

Salam semua.

Aku ada masalah sket. Dan aku tak berapa nak pasti nak terangkan macammana masalah aku ni. Sesiapa yang paham boleh tolong bantu ambe dop?

Situasi nya begini:

Blog aku ni, asalnya guna email yahoo. Then for the past month or two, aku xboleh nak access my yahoo account. Bile try nak log in je, dia kate "The id has not yet been taken, would you like to bla3..". Ape ke heyy nye? So bile jadi macam ni, susahla aku nak track bile aku komen dekat blog orang, n bile org tu reply,mesti blogspot akan anta email kat yahoo acc aku. So, skang ni aku xley access yahoo acc aku, so aku xdpt nak keep track dah.

So, aku buat keputusan untuk nak tuka email kat blog ni from yahoo to gmail. Hence, aku pon add la admin diri aku sendiri tp gune gmail account. Sebab tu, klu de sesape perasan, kengkadang aku reply komen gune Aina Azami. ini nama untuk gmail acc aku. Klu yahoo acc, namanya Aina Mania.

Masalahnya, aku ingat, bile aku da add admin tu, secara automatic, semua blog yang aku follow bawah nama Aina Mania akan turut difollow oleh Aina Azami. rupenye tak. ke aku ade salah setting somewhere. I dunno. Sebenarnya, aku add admin tu sebab aku nak remove Aina Mania tuh. So maknanya, aku berblogging gune Aina Azami je la. Tapi skang ni, aku xley nak remove Aina Mania sebab, dekat acc Aina Azami, aku xde follow satu blog pon...

Soalan saya adalah, macammana aku nak jadikan semua blog yang aku follow bawah nama Aina Mania tu kepada Aina Azami punye acc? Sebab aku da xnak da pakai yahoo acc aku. Sakit ati. Orang ade ID dikabonye xde ID. puiiiiii!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...