Saturday, February 9, 2013

Apabila kucing kemalangan, hidung berdarah dan tersumbat.

Detailed tak title aku kali ni? haha. detailed kan. haruslah. Supaya orang tau entry aku kali ni pasal ape. Tau tak pasal ape? Pasal kucing yg eksiden, pastu berdarah idong, pastu menyebabkan idong dia tersumbat. Ha, tu la pasalnya entry aku kali ni. Paham tak? Tak paham? Nak aku explain lagi sekali? Ok. entry kali ni aku nak cerita kan kengkorang semua apa terjadi happen berlaku apabila kucing kesayangan korang terlibat dengan kemalangan, pastu menyebabkan idong dia berdarah dan kemudiannya mengakibatkan hidung dia tersumbat disebabkan pembekuan darah di dalam hidung atau seumpamanya. Paham dah?


Haha. Sorry for the intro. Saje being redundant. Annoying kan? lols.

Ok now nak cerita kisah yang berlaku pada my darling Abell. Kisahnya terjadi pada pagi Malidur-Rasul, hari Khamis, 24 Januari 2013.

Lebih kurang jam 7 pagi, mak aku tetibe meredah masuk bilik dan menjerit, "Aina, darah banyak kat luar tuh!". Aku macam terperanjat la. Amende? Darah amende ni? Pastu berulang2 ibu menyebut nama Abell. Oh no! Aku bergegas lari keluar bilik. Masa tu aku hanya pikir the worse that could happen to my baby. Di ruang TV, darah setompok besar atas lantai. The exact spot yg aku nampak Abell tido malam tadi. Last night, aku keluar bilik untuk minom air. Dalam pukul 1 pagi. Aku nampak Abell tengah baring depan tv. Aku panggil dia, "Abell, xnak masuk bilik ke? jom tido". Sebab kebiasaannya, dia akan tido sekali dengan aku. Tapi malam tu dia decide to tido depan tv. ok fine. dia xrespon aku. tapi aku tau dia dengan sebab his ears were twitching. So, that morning, blood penuh dkt tempat dia tido. tapi Abell takde. dan aku nampak blood kat tempat lain jugak. kat tepi pintu. dripping atas lantai. Aku follow the droplets, and led me to bawah meja. Di situ aku jumpe Abell. Lying on his tummy dengan muke penuh darah. Time tu aku dah sebak. I was thinking of the worse. Aku pikir dia nak mati je. Sedih gile masa tuh. Aku panggil dia. suara dia perlahan je. I was worried. didn't know what was wrong with him. Dia dok je bawah tu. xnak gerak. Aku semakin risau. Fakta mengatakan kucing akan mencari tempat tersorok apabila nak mati sbb dia xkan mati depan tuan dia... Aaaaaagghhh! This made me even depressed!

Abell bawah meja. hidung n mulut penuh darah
                                      

So, aku terus masuk bilik. Cari vet yang bukak. Disebabkan the day was Maulid Nabi, so vet kerajaan kat rembau ni kompem2 xbukak. Time2 gini la aku diuji. Sambil surfing the net for vets, sambil cuba tahan airmata. haha. i get so soppy when it comes to my cats! Sambil tu ckp dengan diri sendiri, Abell takkan mati. Abell takkan mati. Abell tak boleh mati! Then, aku jumpe satu alamat vet kat Senawang, 20 minutes from my home. Open at 10pm! Gosh, kene tunggu 2 jam lagi... Harap Abell mampu bertahan! Dia da lose banyak blood tuh...

Sepanjang nak tunggu kul10 tu, aku cuba tenangkan Abell. Aku lap darah kat muka dia. Aku nak tau mana punca darah tu. Pipi dia luka ke,mulot dia berdarah ke, hidung dia berdarah ke. Then lepas da lap2 tuh, baru tau, rupanya darah tu dari hidung dia... baaaaanyaakkkk nye!

Aku pon online balik, carik2 maklumat kenapa idong kucing berdarah. Ni yg aku jumpe

1. Perubahan cuaca. mcm manusia la, bile terlalu panas, hidung boleh berdarah
2. Accident. hentakan pada bahagian muka
3. Trauma daripada accident. menyebabkan hidung lebih banyak keluar darah.
4. Pergaduhan. dengan kucing atau binatang lain.

Dipendekkan cerita, tiba masa aku bawak dia gi vet. Di vet, vet mengesahkan Abell terlibat dengan accident.  Tak pasti dia kene langgar ngan apa, tapi it was not a front hit, but a side.. sipi2 je. Vet tu cakap, klu kene hentam depan, lagi teruk nih. Ini macam dia kene tempias je. Time vet cakap tu, luluh hati aku weh. Sumpah. tetiba rasa sebak balik. Masa tu aku pikir, Allah da panjangkan umor Abell. Bersyukur gile aku. So, vet kasi cucuk antibiotik n vitamin.Rasionalnya, utk meredakan bengkak di muka dan menghentikan pengeluaran darah. Pesanannya, simpan dia dalam rumah 5-6 days smp sihat, bagi makan wet food sahaja.

Aku perasan, Abell tak selesa bile aku angkat dia. Mungkin badan dia sakit2 kot.mungkin masa accident dia tercampak sikit. badan terhempas. Ciann Abell saye.

Sehari selepas g vet, hidung Abell berhenti berdarah. tapi sikit2 still kua apabila dia bersin. Dia kerap bersin sepanjang healing proses nih. Mungkin nak bersihkan dalam hidung dia kot.

Abell otw to vet. ni lepas dah lap2 sikit. susah betol nak lap  muka dia. dia asyik elak2.. sakit mungkin.
                                       
                                        
He was panting like crazy all the way! Risau gile mase ni
                                       

Seminggu selepas kejadian, Abell semakin sihat. dah boleh bermain, berlari. semakin manjewww. Alhamdulillah.

Ok, now aku nak share ngn korang2, how to handle kucing yang hidung berdarah and tersumbat ni.

1. Lap kawasan berdarah dengan facial cotton yang dah dibasahkan dengan air suam. Jangan guna tisu. teksturnya kasar. Lap setiap hari. Sebab, takut nanti lalat hinggap nak bertelur dengan kawasan darah beku tu. Nanti berulat pulak, jadi kes lain

2. Bagi makan wet food. Rasionalnya, kucing hanya akan makan benda yang dia boleh bau. Apabila hidung kucing tersumbat, dia dah lost sense to smell, mengakibatkan dia banyak bernafas melalui mulut. Dry food (kibbles) tak mempunyai bau yang kuat, jadi kucing xkan dpt bau dry food dia. Wet food ni bau dia kuat sikit, kucing mungkin akan dapat bau. Klu dia da dekatkan hidung dia pada wet food tu, tapi still xnak makan, maknanya dia still xpat bau (kes Abell). Jadi, tuang sedikit air suam dalam wet food tu, kasik bau dia lagi naik. klu kucing still xley bau jugak (kess Abell lagi), makanya... tgk no.3

3. Forcefeed your cat. Kene la paksa dia makan. Klu dia xmakan, camne dia nak ade tenaga untuk jadi sihat kan. Ini yang aku kene buat kat Abell. balik dari vet dia mmg xnak makan. dia dok bau2 makanan dia. tapi dia xmakan. sedih aku tengok. Malam tu, dia da boleh jalan n lari2. tapi still xmakan. mule2 aku igt dia xde selera. Tapi bila nampak aku g menghala ke dapur, dia akan kejar aku. n berhenti betol2 depan tempat makan dia. Dia nak aku bagi dia makan. Tapi bila aku bagi, dia xmakan. dia bau, dia pandang aku. fuuu.. sedih weh. muka dia mcm nak cakap " Abell nak makan mommy. Abell nak makan. tolong Abell".. ohh my baby!! (emo japsss)

4. Keep your cat indoor. Asingkan dia dari kucing2 lain kalau ade. Bagi dia dok dalam rumah smp dia sihat. Kalau perlu, kurung dalam cage. Tapi Abell ni, lepas g vet, 4 jam je kot aku letak dia dalam cage. Pastu aku biakan dia rehat2 dalam rumah. Bagi dia jalan2 sket. bagi dia exercisee...

Cara aku forcefeed Abell:

1. gune syringe (picagari). Wet food yang da bercampur air suam tu, aku lumat2kan dia n aku sedut gune syringe. Pegang Abell, fire syringe masok mulut dia. Cara ni lambat n leceh. Sebab berapa je la amount yg masuk dalam mulut dia tu kan. syringe tu sikit jeh. Nak aim tu satu hal, nak fire satu hal, nak lawan bergelut ngn kucing satu hal lagi. Ade yg aku fire, kene muke aku, baju aku. Abess bau ikan.. zzz.. stresschess.

2. Amek ketulan2 kecil wet food tu, most probably pieces of ikan, mind u, kecik2 je tau, sumbat masuk mulut Abell. Dia akan start kunyah. yummy~ banyak sikit baby i makan. huhu.. Cara macam ni senang. dia habes je makan 1 gumpal, aku sumbat masuk 1 lagi. hehe. Nampak sgt dia lapar. Non-stop dia makan. Then after beberapa kali sumbat lam mulut dia, dia start makan daripada tgn aku plak. Aku letak atas tangan, then dia start makan dari situ. Alalalala, manjanye. Bile aku saje letak dlm bekas makanan dia, dia xnak makan plak. nak makan dari tangan plak. huhu.. Lantakla.. janji ko makan.


Jadi, begitulah caranya anda perlu menjaga kucing anda yang hidung berdarah dan tersumbat iteww..... Ingat eh. bagi dia makan sikit2. Hidung dia kan da tersumbat, jadi dia bernafas ikot mulut. Susah utk dia untuk makan dan bernafas at the same time melalui mulut. Jadi kadang2, itu punca dia lost appetite. Jangan give up utk suapkan dia makan tau! Makan penting utk dia cepat sihat!!









Ni one day after pergi vet. See, luka dah kering :)

One week after:  Perasan tak idong Abell macam da senget sikit :S 

One week after. Luka semua da kering. Kadang2 bersin lg. just kua ingus ke xkua darah mcm before.  

7 comments:

Siti Nur Adilah said...

Salam..nk tnye ckit..abell de trslh leher@ptah lher x time skit tue?kcing sy pn accident ari nie..tghari tdi..jmpe die dlm keadaan idung brdrah n lher cm ptah je..kat sni xde vet cme ade pej haiwan je..yg gov pnye..vet jauh sgt..xdpt nk g la.tpi sy trus bwk die g pej haiwan n die kne suntik jgk la n dpt ubat utk sapu luka...

Unknown said...

wsalam. leher dia xde pulak patah.. doc kate ok jeh... tepi hidung dia je berdarah.. n sampai ke ari ni pon, luka dia masih belum kering... kene rajin letak minyak gamat... dia still berdarah.. tp sikit2 je...

nanangwahyudi.prob@gmail.com said...

salam... semalam Dodo, kucing saya juga tertabrak motor.... kondisi sama kayak punya abell,mirip banget. untuk baca blog ini.. agak tenang lah... dan semalaman harus terjaga nunggu si Dodo...
paginya Anak2 berangkat kesekolah liat kondisinya pada nangis, jadi sedih bnget.. sambung doanya..!

Unknown said...

kesian si Dodo. sudah bawa dia pergi vet? jaga dia elok2.. jangan bagi dia bermain di luar buat masa terdekat ni ya. semoga Dodo cepat sihat!

haNa said...

kucing kita pun tadi baru jatuh bumbung..dia tersalah lompat, terkena batang besi kat halaman rumah..kita kot yang salah, dok panggil2 dia, tak bajet pun dia atas bumbung, selalu kat kerusi taman je..selalu kalau panggil dia, dia suka lari2 sambil rushing2..tu kot agak nye, dia tak sabar nak datang kat kita, tu yang tersalah lompat, jatuh kat lain..darah banyak keluar dari hidung..risau sangat..da malam2 macam ni, tak de vet buka.. google lagi pasal mana2 kucing yang bersin berdarah, keluar blog awak..terima kasih, lega sikit..boleh guna tips time nak jaga miaw kita nanti..tapi, yang tak lega nye sebab tak dapat jumpa vet lagi..tak dapat nak tolong dia..ubat ke, apa ke..kurangkan bengkak ke, kalau manusia boleh makan ponstan tak pun panadol je..mesti miaw kita tu sakit, tapi dia tak bunyi apa2 pun..sedih sangat, air mata dari tadi meleleh2..miaw kita tak bagi pegang pun dia, now dia tidur je..hopefully, miaw kita tak apa2..huwaaaaa...

haNa said...

and now, miaw kita asyik tidur aje, dari semalam..normal ke?da try bagi dia makan n minum, tapi dia tak nak..nak paksa macam kasar n sakit pula..huhu..awak pegang mulut abell ea masa bagi makan?takut je nak lap mulut n hidung dia, tapi lap juga skit2..pagi tadi dia buka mata, macam nampak merah2 skit..buka mata pun sikit je, macam orang blur2 gitu..kita tak boleh tengok dia, tengok je meleleh air mata..huhu..selalu dia tidur dalam bilik, ni dia tidur kat dapur, kita pun tak nak kacau dia, takut tersalah angkat kang dia sakit..kita masuk bilik, nangis.. kuar bilik, buat cool depan parents..haish, kebetulan la plak hari ni vet cuti..tak sabar nak tunggu esok..dapat cucuk ubat surut bengkak pu jadi la..berapa ea awak kena charge masa treat abell kat vet?around rm100 ea?sekarang ni yang kita risau dia ayik tidur tu la..

Unknown said...

im sorry to hear about ur cat! so macammana dia skang? dah ok? dah bawak pergi vet blom?? kene bawak pergi vet tuh.. kite bole rawat luaran saje. dia perlu ubat untuk dalaman.. kite xtau klu dia de pendarahan dalaman ke kan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...