Wednesday, November 2, 2011

Teka teki teka tekuk, rusa lawan penyu siapa menang?

I know, i know, mesti sume nak cakap, "dah habis la wehhh musim piala M! xpayah nak update cerita ko!". Haha, peduli hape aku.. nak update jugak!

Al-kisahnya, 29 oktober yg lepas, aku n few (mcm sekampung jeh!) of my friends pergi menyaksikan perlawanan bola antara Negeri Sembilan and Terengganu. Masa mula2 dapat tau N9 masuk final, fuhhh aku semangat betol nak g tgk! Tapi, bile dapat tau harga tiket RM50, hasrat aku terpadam mcm tuh je.. damn betol la naikkan harga tiket. Walaupun aku berkobar-kobar nak g tengok team aku main, tapi aku xkan sanggup bazirkan RM50 untuk tgk lelaki2 tough kejar sebijik bola yang bolat.

On 27th October, aku g rumah kawan. Saje dtg lepak2.. then tetibe dia ajak g tengok final bola! Aku macam, eh minah ni sejak bila semangat nak tgk bola nih?? Pastu aku cakap la "bukan harga tiket mahal keh?" dgn malas nye sbb da kecewakan xpat g. hehe... Then, baru la aku tau yg harga tiket da di subsidized kan by our MB to RM30. Ape lagi,terus setuju lah!!

The next day tuh, kami pergi cari tiket. First skali gi MDR, sebab ade kawan aku cakap kat situ ade jual tiket. Masuk MDR, tanye makcik kat kaunter tuh. Makcik tu jawab...

"Somalam ado la oghang eh jual, tapi haghi ni dio xmasok laie. Cubola dtg potang2 skit ko"

Kecewa. Next destination, Paroi. Kaunter closed. Damn! Masa tengah jalan tuh, ade sorang brader ni tegur,

"Dik nak g tgk bola ke? uiii somangat ko yo? tapi tiket da habis dah dik. klu adek nak tiket cube cari kat MPS".

 Kami dengan naif nye pon g la MPS. Sampai je kat MPS, tanya abang kat kaunter tuh...

"Sini mane ade jual tiket dik. Cube adik carik kat stadium"

Double damn!!!!!!! Aku ngan kawan dah kecewa dah... on the way balik tuh muke memang masing2 frust lah....Then kwn bagi cadangan,

"Ape kate kite g lagi skali kat Paroi. Cube tanya kat kaunter plak nak?"

So, kitorg pon pusing la balik ke Paroi. Sampai kat kaunter, still close, tanya la brader yg tercongok depan kaunter tuh,

"bang, bukak pukul bape eh kaunter ni?"
"lepas jumaat nnt. lam kul 2"
"tiket ade lagi tak eh bang?"
"ontahla. den pon baghu sampai ni haaa"

aku pon mengangkat kaki menuju ke keta. tetibe ade sebuah keta behenti depan aku. tingkap cermin diturunkan.

"adik nak boli tiket ko? ni abang ado boli lobih ni"
lebih yang dimaksudkan amatlah terLEBIH banyaknye!

hatiku terdetik, ulat tiket nih. mesti dia jual mahal.aku pon wat2 la tanya.
"bapo hargo eh ni bang?"

"rm30 je dik. abg xamek lobeh pon"
"jap eh bang, sayo tnyo kawan sayo luh"

aku masuk keta. bincang ngn kawan. call kawan ni, call kawan tuh.. nak dapatkan kepastian tiket tu asli atau palsu. mereka mengatakan asli. semakin ramai orang di stadium beli tiket dari abang tuh. kami taknak terlepas lagi!

"abang, kami nak sopoloh!"

akhirnya tiket dalam genggaman. hehehhehe....


Hari Perlawanan


best betol bile dapat abang yang baik hati dan pemurah mcm abang aku. haha. Asal aku cakap macam ni eh? Sebabnya, sepanjang aku kat stadium tuh, aku tak keluarkan se sen pon! bhahahahaha... tu la yg best lepak ngn abang sendiri! 


"abang, aina nak jersey.. sume org pakai kuning.. nak gak"
"jom gi beli"
"abang, aina nak air horn~~"
"jom gi beli"

hahahaha best2.. dalam stadium pon, dia yg support makan minom aku. Lepas tengok bola pon, kitorg lepak makan, aku bedar tose 2 keping, dia yang sponsor. Nasib aku lepak ngan dia. Kalau lepak ngan kawan2??

Ni aku nak cite plak masa the game starts. First half, no score. kecewa jugak lah sebab n9 dapat byk peluang kot nak score, tp banyak miss. Sampai ade orang kami yang jerit to one of the players,

"woi! ko kene rasuah ke haahhhh??"

xnak cakap la which player kan.. hehehehe....

Second half, tanpa diduga, minit ke-58, terengganu scored! Masa tuh aku tengok fans ganu, meriah gile! dorang bakar mercun, jerit2, kibar bendera etc. Aku jadi resah. Masa tak banyak lagi nih.. boleh ke n9 score? aku dah down gile.. fans n9 sume senyap sekejap. Ganu masih meraikan kemenangan dorang. Time tu aku boleh bayangkan muka si dia tengah gelakkan aku. AGhhhhhh!! aku benci! aku tak nak n9 kalah! haha, emo lebih. tapi betul la, itu yg aku rasa malam tuh...

Minit ke-80, Bola yang disepak S Kunalan yang kitorg sangka xkan berjaya melepas the goalkeeper, tetibe lepas!! Sooo nasib baik that goal! time tuh, fans n9 sume menjerit2 keriangan! kiri kanan aku orang melompat2! semua menyorak kegembiraan. Akhirnya kitorg berjaya samakan score. Aku bersyukur gile! Kami masih ade peluang! Aku tengok fans ganu, SENYAP!! hahahahaha... aku suke perasaan aku time nih.. Fans n9 masih belum berhenti celebrate goal tadi, semua masih terlompat2 kegembiraan, tibe2 Hai-O sumbat lagi satu goal! Aku sipi2 je nampak goal tuh sebab orang depan aku tengah lompat2 kan! Tapi aku nampak la dia buat scissor kick! Ape lagi, semakin meriah la kitorg celebrate! hahah. ade yang terlompat2 atas kerusi lah, kibar2 bendera lah, air-horning dan macam2 lagi.. it's minute ke 86. Kitorg tau kitorg dah menang! Mercun dilepaskan. Asap kuning memenuhi ruang udara. Aku rasa sungguh bahagia time tuh. Aku rasa xsabar nak jumpa si dia lepas game nanti. HAhahahahaahahhaha! Time fans n9 tengah bersuka ria, fans ganu senyap.. senyap sesenyapnye!! tak terkata... haha... Masa masa dah habis, nampak lah bahagian terengganu dah mule kosong. Semua pakat keluar.N9? Masih full! Semua meraikan kemenangan nih!

This was my first time pergi stadium tengok bola. And it was a wonderful experience! Dapat duduk dengan kawan2 and abang. Dapat rasakan asmosphere tuh. Serious xsama macam ko tgk kat rumah or kat kedai. And yang paling best skali, dapat tgk team yang kite support menang!!! Yeahhhhh!!
sayang tetap sayang, fight tetap fight!!

abang saya :)

budak2 yg first time g tgk bola :)

before match. fans ganu 55%, n9 45%



berpusu- fans ganu keluar lepas habis game :D hahaahahha

kawan2 abang yg semangat gile celeb!

team n9 :D

sujud syukur :D. 

mata penyamaan.

minit-86: Hai-O




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...