Saturday, June 15, 2013

Let's pray for our muslim brothers and sisters everywhere.

Doa senjata mukmin. 

Aku sedih la. sedih tengok dunia macam ni. Di Malaysia perang cyber. Ramai keyboard warriors dilahirkan hari-hari. Orang dibawah tak suka orang di atas. Orang sebelah benci orang belakang. Sekali sekala berlaku pergelutan berdarah di jalan.

Di Syria? Di Palestine? Mereka berperang untuk kemanusiaan. Untuk agama. Innocents die every day. Innocent men, women, even children!

Dan akan aku dengar suara sumbang katak yang berkata  "Alah, diorang ni berperang, jiran-jiran negara Arab tu pon bukan nak tolong. Kita pulak beria nak tolong."

Mereka Islam. Kita Islam. Jangan pikir jiran dia xnak tolong, lepastu perlekehkan kita yang jauh ni pulak nak tolong. Salah tolong saudara-saudara Islam kita?

Tolong. Tolong bagaimana? Tak mampu nak berjuang sekali dengan mereka di sana, berjuanglah di sini. Sebarkan khabar tentang mereka. Biar ramai tahu.  Doakan sengsara mereka akan berakhir tidak lama lagi. Jangan harapkan berita di tv saja. Berita di tv padat dengan aktivti-aktiviti di negara kita, tiada ruang untuk menceritakan apa yang terjadi di sana.

Kenapa aku macam ni malam ni? Sebab aku baru lepas tengok video Mr.Bie. Ramai kenal Mr. Bie kan? tak perlu intro panjang tentang beliau. Cukup sekadar tau dia selalu buat parodi lagu2 mainstream jadi lagu islamik/dakwah.

Selama ni aku banyak baca blog2 saja tentang apa yang terjadi di sana. Kali ni Mr. Bie siap compilekan footage2 di sana lagi.

Siapa yang tengok pasti sedih. Pasti mengalir air mata. Doakan mereka. Doakan mereka.

Sunday, June 2, 2013

Kisah Seorang Guru Ganti

Assalamualaikum. lama rasanya aku tak tulis entry. Memang dah lama hajat nak buat satu entri pasal pengalaman jadi guru ganti ni, tapi nak tunggu sampai bebetul tamat kontrak. Bila kontrak dah tamat 23 May haritu, perasaan malas update pulang menyerang diri. Hehe. So only today rasa bersemangat skit nak update, so, jom baca lah liku2 kehidupan aku sebagai seorang guru ganti.

Kepada yang tak tau, sehingga ke harini, aku dan rakan2 sebatch aku PISMP 2009 masih lagi menanti pengumuman posting daripada orang atasan. Sudah 6 bulan kami menunggu, bayang2 macam nampak, tapi kejap je. Pastu dia hilang balik. Masa awal tahun haritu, ade tergerak hati nak mohon guru ganti, but dengar cerita dalam bulan Januari or Februari ade posting. So tak jadilah nak apply. Tup2, sampai tarikh yg dinyatakan, bukanlah posting pon, hanya interim. Itu pon tak semua orang dapat. Interim dibuka kepada sekolah SJKC dan SJKT kerana dikatakan sekolah2 ini kekurangan guru. Dan mereka yg dapat interim ni majoritinya chinese and indians, and a few malays and major PAI. Then tak lama lepas tu a few Malays and Bumiputera guru pelatih pulak dapat interim ke sekolah2 di sabah sarawak, and a few states in peninsular. Sekolah-sekolah yang mereka dapat interim ni kebanyakannya adalah sekolah kebangsaan agama. So, bila aku tengok dorang interim sikit-sikit macam ni, aku dapat rasakan, harapan untuk posting tu lambat lagi... posting tak akan muncul sebelum pilihanraya. Aku pon nekadla carik keje. Sebab masa tu dah 3 bulan lebih duduk rumah tak buat ape kan. Pening kepala jugakla hari-hari bangun lambat, tido lambat.

Wednesday, May 1, 2013

Percutian Saya Ke Bukit Tinggi, Indonesia. PART 2

Assalamualaikum readers! and Salam Hari Pekerja

Haha. Sorry lama gila korang tunggu aku update untuk Part 2 kan. Maaf bebanyok. Teacher busy la dengan hal2 di sekolah.. Al-maklumla, teacher ni kan orang penting.. hahaha... Nasib baik cuti harini.. dapat la teacher update blog teacher yang gah ni. hahahhahahahahahha...

Ok sambung dari Part 1.. Sebenarnya da ingat2 lupa je ape yang jadi... Dah sebulan lebih kot!!

Day 2

The hotel provided us with breakfast. Kami makan. rehat2 dulu, then berjalan menuju ke Pasar Atas. Pasar Atas is not far from our hotel. walking distance dalam 5-10 mins. Route menuju ke PA kene naik tangga, atau orang sana panggil Jenjang 40. 40 maybe because ade 40 steps kot. hehe. On the way naik tu, abah and ibu stop la dekat kedai jual silver jewelries, and cincin pelbagai jenis batu. Lama gilo tunggu abah pilih cincin idaman dia!

Monday, April 8, 2013

Percutian Saya Ke Bukit Tinggi, Indonesia. PART 1




Tajuk ada macam karangan budak darjah 5 tak? Haha. Inilah penangan orang baru jadi guru ganti selama 8 hari. Haha. Yes, for those who didn't know, saya sekarang menjadi guru ganti di sebuah sekolah berdekatan dengan rumah sementara menunggu panggilan posting. Maybe there will be another entry for that. This entry nak cite pasal percutian sahaja. No work is allowed. Hehe

Introduction
Holiday kali ni, kami pergi berempat sahaja. Ibu, Abah, aku and my cousin Yan. It was 5 days 4 nights trip. Berpuas hati. Tapi macam tak cukup hari and duit nak shopping. Haha. Tapi ok la, sebab aku rasa, lagi lama aku dok sana, makin kopak aku. Seriously, aku macam rambang mata kat sana. Tickets da start booked since November/December 2012. Pergi-balik was about RM300+. So still affordable. Masa tu AirAsia tengah buat sale. Ibu was online, dia cek tickets, immediately tny aku, "Aina, nak g bukit tinggi tak?". I immediately said yes. Masa tu tak pikir pon dalam account ada berapa. Haha. Sampai date almost nak pergi, baru start buat kira-kira duit dalam account. Alhamdulillah, tolak duit tiket and belanja shopping pon, I still have extras to survive my life. haha. Anyway, untuk trip kali ni, kami pergi sendiri without agent, so dpt save more la kat situ.

Monday, March 25, 2013

Pengalaman Program Penilaian Khas PISMP 09 di Putrajaya

Fuh. lama betul tak update blog. Ok, xnak buat ayat cliche, " dah bersawang blog aku" sebab aku xnampak pon sawangnye kat mana. amende intro aku macam ^%$#@ je nih..

So dipendekkan cite, di malam yang mulia ini aku nak cite pengalaman aku pergi program Penilaian Khas di Putrajaya pada 21 Mac yang lalu. Kepada yang tak tau, program Penilaian Khas ini diadakan untuk pengesahan jawatan DG 41. Dan hanya yang terpilih saje layak penilaian khas ni, iaitu mereka yang cemerlang peperiksaan dan praktikal. ehem.ehem.ehem. Bagi mereka yang kurang bernasib baik, harus melalui interview. Ok, so that's a lil bit overview of what Pen.Khas is.

Saturday, February 9, 2013

Resepi : Grilled Cheese Sandwich

Sejak duduk rumah ni. Jarang sangat masak nye. Bukan pe, dok ngan ibu. Ibu memang jarang makan skang. Diet la kononnye. Breakfast kat skola, pastu balik umah mane makan dah. Takkan aku nak masak untuk diri aku sorang. Soo, membazir masa n tenaga. Aku bukan jenis yang suke melakukan pembaziran bodoh seperti itu. Wah. kasarnya bahasa kau dik non! Haha. Jadinya, dapur memang jarang berasap.

Apabila kucing kemalangan, hidung berdarah dan tersumbat.

Detailed tak title aku kali ni? haha. detailed kan. haruslah. Supaya orang tau entry aku kali ni pasal ape. Tau tak pasal ape? Pasal kucing yg eksiden, pastu berdarah idong, pastu menyebabkan idong dia tersumbat. Ha, tu la pasalnya entry aku kali ni. Paham tak? Tak paham? Nak aku explain lagi sekali? Ok. entry kali ni aku nak cerita kan kengkorang semua apa terjadi happen berlaku apabila kucing kesayangan korang terlibat dengan kemalangan, pastu menyebabkan idong dia berdarah dan kemudiannya mengakibatkan hidung dia tersumbat disebabkan pembekuan darah di dalam hidung atau seumpamanya. Paham dah?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...