Sunday, June 2, 2013

Kisah Seorang Guru Ganti

Assalamualaikum. lama rasanya aku tak tulis entry. Memang dah lama hajat nak buat satu entri pasal pengalaman jadi guru ganti ni, tapi nak tunggu sampai bebetul tamat kontrak. Bila kontrak dah tamat 23 May haritu, perasaan malas update pulang menyerang diri. Hehe. So only today rasa bersemangat skit nak update, so, jom baca lah liku2 kehidupan aku sebagai seorang guru ganti.

Kepada yang tak tau, sehingga ke harini, aku dan rakan2 sebatch aku PISMP 2009 masih lagi menanti pengumuman posting daripada orang atasan. Sudah 6 bulan kami menunggu, bayang2 macam nampak, tapi kejap je. Pastu dia hilang balik. Masa awal tahun haritu, ade tergerak hati nak mohon guru ganti, but dengar cerita dalam bulan Januari or Februari ade posting. So tak jadilah nak apply. Tup2, sampai tarikh yg dinyatakan, bukanlah posting pon, hanya interim. Itu pon tak semua orang dapat. Interim dibuka kepada sekolah SJKC dan SJKT kerana dikatakan sekolah2 ini kekurangan guru. Dan mereka yg dapat interim ni majoritinya chinese and indians, and a few malays and major PAI. Then tak lama lepas tu a few Malays and Bumiputera guru pelatih pulak dapat interim ke sekolah2 di sabah sarawak, and a few states in peninsular. Sekolah-sekolah yang mereka dapat interim ni kebanyakannya adalah sekolah kebangsaan agama. So, bila aku tengok dorang interim sikit-sikit macam ni, aku dapat rasakan, harapan untuk posting tu lambat lagi... posting tak akan muncul sebelum pilihanraya. Aku pon nekadla carik keje. Sebab masa tu dah 3 bulan lebih duduk rumah tak buat ape kan. Pening kepala jugakla hari-hari bangun lambat, tido lambat.


18. Mac. 2013, aku isi borang guru ganti. 2.30pm, mak aku tolong hantarkan borang tu ke PPD sebab kebetulan dia ade meeting kat sane. 3pm, pegawai PPD call. Tak silap aku, aku tengah berbaring bermalasan di atas katil dengan keadaan ala2 mamai. haha. Dia suruh daang PPD nak interbiu sikit. Eh, interbiu? aku da lame tak kene interbiu ni. Nebes plak. So, bersiaplah ala kadar, n pergi PPD Rembau. Tak jauh pon, dalam 5 minit dah sampai. Masuk pejabat, berjumpa dengan pegawai, bermulalah sesi interview...lah sangat. Nama pegawai tu siapa ntah. lupe dah aku. But he was nice la, friendly. Dia kate I was one of the shortlisted applicants. Dia tunjukkan atas meja dia 82 borang applicants. And I was the 82nd! Dia siap nomborkan setiap borang tuh. haha. Ramai jugak orang apply jadi guru ganti ni eh. Aku ingatkan tak ramai. Aku nampak dia pegang ade 5-6 borang yang dia da senarai pendekkan. And dia kate dlm shortlist ni, aku sorang je ade background perguruan. Phew, 10 marks for me! So, dia uji aku lagi, "Kalau saya bagi awak gaji SPM bole? rm40 sehari?". Aku mase tu ade frust sikit la. Sebab I was hoping for gaji degree. Eventhough aku tak konvo lagi mase tu, tapi aku dah ade transkrip exam. Aku ckp la "sy konvo bulan 5 ni, tapi tu sy ade sedikan transkrip exam, xboleh ke encik bagi gaji degree?" hehe. sesuka hati aku je main tawar menawar. Encik tu cakap tak boleh sebab ni da memang procedure dia. Kene dapatkan scroll dulu baru bole bagi gaji degree. Takpela, aku pasrah. SPM pon SPM lah. janji bergaji. Then pegawai tu teruskan lagi. Dia kata aku akan mengajar English, sekolah menengah. Boleh tak dia tanya aku, sbb klu tgk borang aku, aku ni ngaja sekolah rendah. Disebabkan aku ni seorang yang sukekan cabaran, dengan laju dan konfidennya aku mengangguk. Haruslah boleh. setakat English tu, makanan gua la beb. haha. Sekolah menengah apedehal. Lalu dia bagitahu lagi, sekolah yg aku nak kene pergi ni jauh. Dalam 40minit dari rumah aku. Tempat yg dia sebut tu pon aku tak tau kat mana. Haha. Aku setuju kan jee.. Orang bagi keje beb. Layan kan je. Walopon tak berbaloi dengan gaji SPM tu. Kita carik pengalaman dulu.  Okay so, lepas aku da setuju dengan semua2 tuh, dia pon tunjukla offer letter aku. Caitssssss, aku dapat SK Taman Sri Rembau rupenye! Naik keta dari rumah aku tak sampai 3 minit! Haha. Ajar English sekolah rendah yang teramatlah dekat dengan rumah. Then dia tulis lagi kat situ, gaji aku DC41. hoooraaaayyy, dapat gaji degree! RM98.70 sehari.  Aku tengok pegawai tu, senyum2 dia. Hahahhaha... Pandai eh memainkan perasaan orang. Dia kate dia saje je nak uji aku, tengok aku macam mana. Hahahahaa... Damnnnn.... sia-sia buat muke kecewa masa awal2 tuh. So hari tu, aku rasa aku ni the most luckiest person on Earth, I was the 82nd applicant, the last applicant, got the job, dapat gaji degree, dapat sekolah yang deeeeeekaaaaatttt gile dengan rumah, dapat mengajar English my most favourite subject  (Walopon major aku Maths). Memang bersyukur gile-gile. Rezeki Allah nak bagikan. Sekarang ni bile pikir-pikir balik, mungkin ini cara Allah balas doa-doa aku kot selama ni. Lepas solat, aku slalu doa, Allah permudahkan urusan aku jadi guru dalam masa terdekat ini. Voila, tengok ape Allah bagi? Dia tak bagi aku posting, tapi dia permudahkan urusan aku jadi guru ganti. Hari ni anta borang, arini gak dapat keje. Esok masok keje. Dapat pulak sekolah dekat. Sweet kan Allah?

19.Mac 2013. Hari pertama aku daftar. Hari Selasa. Alhamdulillah, suasana sekolah tu ok. Ada 500+ students with 40+ teachers. Dan Alhamdulillah lagi, aku fully ajar English. Memang takde subject sampingan lain such as Sivik ke, PSV ke Music ke. So memang aku concentrate dekat English sahaja. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Tugas aku dipermudahkan lagi, sebab sepatutnya aku ni guru kelas tahun 6B, tapi seorang cikgu dah amek alih tugas tu. So, aku tidak dibebankan dengan kerja2 pengkeranian seorang guru kelas. Cikgu-cikgu kat sekolah tu OK, friendly dan banyak membantu. Biasela memula masuk environment baru, memang kekok, tapi after a month, dah bole get along da dengan semua. Ala, macam zaman praktikal dulu-dulu laa... Yang tak boleh blah nye, aku ni satu skola dengan bekas ckgu aku dulu masa darjah 4. Haha. Lawak gile. 14 years back, she was my teacher,and now we are in the same school, sama2 jadi cikgu.

Sepanjang aku jadi guru ganti ni, aku kene ajar English for Year 2, 3, and 4. Dan sepanjang 2 bulan lebih ni jugakla aku paling stresssssss ajar year 2. students 24 orang je. tapi hyperactive dia kau toksah nak cakaplaaaaa..... Everytime aku masok kelas ni memang aku kene turn up volume paling maksimum! Dah la most of my class dgn dorang ni after recess., time dorang mmg tgh hyper kan. Aku tengah ngajar kat depan, dorang bole main2, borak2, lari2 dalam kelas. Everyday kene pikirkan cara mcm mana nak attract their attention. Everyday kene pikir new games. Tp Alhamdulillah la, daripada 24 tuh, adala dalam 10 orang yg nak belajar. Syukur sangat-sangat dah tu. haha.

And di sekolah ini juga, I got to experienced my first Teacher's Day as a teacher. Auuuuuuwwwww, so sweeeeetttt... Hehe. Rasa best jugak la dapat experience teacher's day ni kan. sbb sebelum2 ni sambut masa kat maktab. masa tu as students lagi. feeling kecikguan tu xseberapa sangat. Tapi haritu, mmg feeling abesla sbb baru rasa beban sebenar-benarnya jadi cikgu nih. Itu pon aku rasa baru 80% aku rasa beban jadi cikgu. Seriously aku cakap, time kite praktikal, kita hanya rasa 20-30% je beban cikgu tuh. We learnt how to teach, buat RPH and sikit2 la handle programmes. Tapi bile aku jadi guru ganti ni, mata aku terbukak sikitla tentang realiti perguruan. Paperworks, onlinework, clerking, teaching, event handling and macam-macam lagi. Aku yang ajar 1 subjek ni pon ade hari2 nya aku rasa mcm tak cukup tngan and masa, ko bayangkan cikgu yang ajar 3-4 subjek? Aku yang masih single ni pon hidup tak terurus lepas jadi guru ganti, ko bayangkan cikgu yg ade family cmne dia urus family dia?

So let' sum up. Jadi guru ganti best. Experience dia xsama dengan praktikal. tanggungjawab tu lebih sikit. Tapi Alhamdulillah, pengalaman aku jadi guru ganti tak seteruk kawan-kawan lain yg nampak lagi terbeban. Sekolah aku ni sgt prihatin sbb sepatutnya aku ajar year 6, tapi cikgu lain ambil alih, n sepatutnya aku guru kelas year 6, tapi cikgu lain ambil alih. Gaji yang aku dapat, aku tak usik pon untuk perbelanjaan sekolah sebab aku xmakan di kantin. jimat duit. haha. balik umah baru makan. gi sekolah bawak biskut oat krunch n air sebotol. Untuk minyak kereta pulak, aku isi rm20 kat iswara hijau aku tuh, boleh tahan sebulan setengah. jimat kan? :). Sekolah dekat nokkss.. ABM tertinggal pon bole balik umah g amek. Yang penting mintak permission GB dulu yewwww....
semasa hari guru di SKTSR

Ni alif. Year 2. Nakal2 dlm kelas pon bagi tice bunga. auuww~ sweet


Senyum nak over aku nih. haha

I was one of the AJK backdrop for hari guru. ni la hasilnya.wawawawa

love the badges! tq students!


sebahagian hadiah yg dpt masa hari guru. timekasih yuols~~

10 comments:

Anonymous said...

besh kan mengajar sekolah rendah ni.. tp biasa laaa klu kene buat keje management ni... semput jugak rasenye..

aina mania said...

nasib da ade pendedahan sebelom2 ni masa praktikal so xkekok sgt laa.. huhuhu...

Anonymous said...

Tahniah la. :) hm, Mcm mana awak boleh dpt gaji degree tu juga yer??

- FM

Unknown said...

atas budi bicara pegawai PPD tu jugak. i gave him transkrip xm sem 1-8. n kebetulan masa apply tu dlm sebulan lebih lagi je nak convo, so dia bg kelonggaran lah utk bg gj degree even without scroll..

SriLYAsensei said...

Salam sis,tumpang tanya...bila dah tamat kontrak guru ganti..ape proses yg perlu kita buat utk tuntutan gaji??perlu ke kita daftar kwsp utk dptkan no ahli??

Unknown said...

yes perlu ada kwsp untuk dpt gaji..

Anonymous said...

Hi. Sy nak try untuk jadi guru ganti di smka Pedas di Rembau. Mana cara yg elok samaada hantar terus permohonan ke PPD or sekolah? Tlg jwb.

aina mania said...

If ada kenal Pengetua sek tu, mintak tlg dia adjustkan supaya dpt jd cikgu ganti sek tu. But at the same time mmg kene isi borang guru ganti jugak. tu procedure dia.

Ieka said...

nak tanyaaa :) how to know what to teach them? i mean, memang ada modul or any guidelines to teach the kids? Thanks!

Unknown said...

setiap subjects ade guideline dia, or we call them HSP or DSKP. boleh search online for every subjects.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...