Tuesday, February 7, 2012

SERABOT DUARABOT TIGARABOT BERABOT-RABOT


Lama rasanya aku tak merajinkan diri tulis entry baru. Banyak halangan yang menduga. Banyak kerja yang bertimbun. Sudahlah bertimbun, dibukitkan lagi dengan bebanan kerja baru.

Awalnya,  laptop aku rosak. Selepas dibaiki, terdapat files and folders yang hilang. Aku mengaku ni silap aku. Masa transfer files, aku tak check betol-betol files aku. Sekarang terima padahnye. After buat recovery pon, still tak dapat jumpa lagi. 4 hari aku cube jejak balik, tapi hasilnya sangat mendukacitakan. Kecewa gile tak terkata. Files yang hilang tuh sangat penting. Sehingga aku mogok dengan diri sendiri buat beberapa hari...


Kemudian timbunan kerja di IPG pula. Kerja yang aku sendiri cipta. Haish. Masa jadi AJK untuk Pilihanraya Kampus hari tu, aku ade rekod video sepanjang minggu PRK berlangsung. Oleh itu, aku bertanggungjawab untuk mengedit dan men'cd'kan nya utk diberi kepada pihak IPG. Sampai sekarang, aku dop wat nape lagi.

Sekarang aku tengah praktikal di sebuah sekolah di Manir. Seperti rakan-rakan satu batch yang lain, aku kene siapkan port-folio praktikum, RPH, buat ABM, senarai nama pelajar dan pelbagai lagi hal berkaitan. Disebabkan diri aku yang masih serabot, terkadang ada kerja yang aku procastinate. Selain itu, minggu depan ada merentas desa. Aku dan partner ditugaskan untuk lead Senamrobik sebagai acara pembukaan. Diperuntukkan 20 minit untuk kami melakukan senamrobik. Ura-ura mengatakan mungkin perlu di extend sedikit. Aduh! Laratkah?

Terdapat 2 assignment yang perlu aku siapkan. Satu, Bimbingan dan Kaunseling. Satu lagi proposal untuk AR. Satu pon belum mula lagi. Hala tuju masih belum jelas.

Tambahan, aku dan rakan-rakan sedang rancang satu trip percutian ke negara seberang. Sekarang ni tengah pening pasal tarikh yang bercanggah dan harga. Bertambah lagi serabot di kepala. Tersepit dan terkepit.

Oleh itu, perkara-perkara di atas telah membuatkan hidup aku teramatlah serabot sekarang ni. Kadang-kadang diawangan, kadang di lautan, kadang di timbunan sampah. Barang-barang bersepah, baju tak berlipat, hidup tak tentu arah. Nasib baik masih ingat Tuhan.

Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku di dunia ini.

1 comment:

Super Ummi said...

syoknya nak pergi negara seberang.. nak pesan beli baju banyak2 boleh tak... hehe. Biaselah tu, sem 7 memang serabut... tapi sem 8 lagi serabut.. subject banyak.. laporan AR lagi nak kene siapkan... tapi, kehidupan di maktab adalah paling best.. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...