Thursday, February 23, 2012

Misteri Kehilangan Boboi

Seperti anda semua sedia maklum, I have a cat called Boboi. Jika ada yang tak tau, ni nak habaq mai ni. Actually he's not my cat. He's someone else's, yang telah mengamanahkan saya untuk menjaganya. I love Boboi to pieces. Why? Because, dia seekor kucing yang sangat unik. He's not like Sidin (my other cat) or any other cats that I know. Apa yang membuatkan dia unik?
Sometimes I think he's retarded. Heh. He hardly responses to his name. Kalau masa kecik-kecik dulu, fahamlah kenapa because dia tak biasa lagi dengan nama dia. Tapi sekarang dia dah besar kot. Dah 6 months. Sometimes dia response jugak, tapi jarang lah. Dan dia jugak jarang mengeluarkan bunyi. Means, he rarely meows. Kalau lapar pon dia tak bunyi. Tu yang buat aku sayang dia lebih. Dia tak bising dan tak menyerabutkan aku. Kalau Sidin tuh, sikit2 meow..sikit2 meow.. Dah bagi makan pon bising lagi. Tensi! Tapi masalahnya Boboi ni pulak, dia xpandai control gigi dia bila gurau2 dengan orang. Masa main2 tuh, dia akan gigit sekuat hati dia. Sampai bertanda la tangan kita ni dek gigi dia yg tajam tuh. Sakit woo... Dah banyak kali marah pon takde effect jugak.

Pada suatu pagi, semasa aku nak pergi sekolah, Boboi berlari keluar rumah. Bila panggil masuk dia taknak, so biarkan jelah dia main kat luar. Sebelum naik keta tu, pesanla kat dia, "Boboi, tengah ari nanti balik tau". Sebelum ni kalau pesan macam tu, mesti dia akan balik masa aku sampai rumah tengah hari tuh. That afternoon, he was not there. But I didn't worry too much because it was still early in the day. I did not look for him, I just shouted his name hoping he would come home. He didn't. I told myself, itsokay, he'll come home soon. Tengahhari bertukar petang, petang bertukar malam, Boboi still tak balik lagi. Hati mula risau. Tapi esok nak kene observe dengan lecturer. So, I had to push my worries aside and concentrate on my RPH.

The next morning, Boboi still hasn't come home yet. Hati mula risau. Takpe, tunggu balik tengahari ni. Mane tau dia akan balik. Kecewa sekali lagi. Tengah hari tu, Boboi tak de jugak depan pintu rumah. Ini tak boleh jadik. I need to start searching for him. So, without even changing my clothes ( i was wearing baju kurung), i went to search for Boboi. First, i searched Mak Cik's house (next to mine). Sidin usually lepaks there. I hope Boboi would be too. Tapi hampa. Next, from the house, I turn right and went along the road to search for him. Masa tengah jalan tuh, terserempak dengan sorang makcik ni.

makcik: Cari apa tuh?
me: Carik kucing saya. Dia hilang dari semalam.
makcik: warna apa kucing tuh?
me: warna oren, pakai loceng. Makcik ada nampak?
makcik: ohh, ade. cube awak tny dekat rumah atap biru tuh. Makcik ade nampak dia kat situ.
me.: timekasih makcik! sekarang saya gi tanya.

Makcik pon berlalu pergi. Dengan penuh harapan, aku g la ke rumah atap biru yang dikatakan tuh. Sampai di rumah tuh, ade sorang budak perempuan tengah duduk depan pintu

aku: Assalamualaikum. Dik, ada nampak tak sekor kucing warne oren pakai loceng?
adik: Takde pong.
aku: (masih tak putus harapan). Kucing tuh bulu dia lebat2 sket, pakai loceng. takde ke?
adik: takde la kak. xpernah nampak pon..

Aku kecewa sebentar. Nak nangis pon ada. Harapan da tinggi menggunung da tadi. Sebelum aku blah dari rumah tuh, Sebuah basikal yang ditunggangi oleh seorang remaja lelaki berhenti didepan rumah.

lelaki: Cube akak carik kat kedai NikMat tuh kak. Saya selalu nampak dia kat kedai tuh.
aku: memangla selalu nampak dia kat situ. rumah saya sebelah kedai tu jeh.
lelaki: oohh..takpe la.. cube la carik sekali lagi kat situ.
aku: ok la, terimakasih ehh..

Dengan perasaan kecewa yang bertubi-tubi, aku pon melangkah kaki.. Kali ni aku nak search dekat area surau pulak. On the way nak ke surau tuh, lalu la depan kedai sebelah rumah aku tuh. Tetiba cashier dalam kedai tu kua

cashier: Cari kucing hilang ke?
me: ha'ah. warna oren. Ade nampak dia tak?
cashier: Selalunya dia ade main kat sini. Pakai loceng opp?
me: ha'ah2... harini ade nampak dia?
cashier: takde. Tapi cube awak pergi tanya kat rumah sana tuh.. Tu, rumah papan yang takde cat tuh..
me: oh ye? pernah nampak dia kat rumah tuh ke?
cashier: ha'ah. awak g ah try tanya.
me: ok2.. terimakasih ehh~~

Hatiku berbunga kembali. Aku pon melangkah kaki ke rumah tuh. Pintu pagar terbukak. Ade seorang laki sedang tidur di depan pintu rumahnya. Lingkungan umur 30 an.. Seram la pulak nak g masuk. Hmm.. Aku saje panggil kuat2 nama Boboi depan rumah dia. Dengan harapan Boboi akan dengar. Or, laki tu akan bangun. Haaha. tapi takde pe effect pon.. Aku pon terpaksa kuatkan semangat. Masuk dalam kawasan rumah tu dan memberi salam. Lelaki tu terus terjaga

aku: Maaf ganggu, ade tak nampak kucing warna oren pakai loceng kat rumah ni?
lelaki: (dengan muka yang mamai) Ade
aku: (terkejut, sbb mmg xexpect pon jawapan tuh) betol ade? sekarang ni?
lelaki: hoo laa..
aku: kucing saya tuh. mana ye dia?
lelaki: kejap.

lama jugak la aku ditinggalkan kat lua rumah tuh semetara lelaki tu masuk dalam rumah untuk mencari Boboi. Ingatkan ade laki tu je dalam rumah tu. Then tetibe muncul sorang nenek pakai telekung dari dalam rumah. Borak jap ngan dia. walaupun tak berapa nak faham sangat sbb loghat tganu sgt pekat. Akhirnya lelaki tu keluar sambil mengendong Boboi di sisi. Aku terus mendapatkan Boboi. Bdan dia penuh debu. Ish3.. Nenek tu cakap, Boboi mungkin lapar sebab dia tak bagi makan pon. Takde makanan katanya. Aku terus mengucapkan terima kasih and balik ke rumah.

Bersyukur aku dapat jumpa Boboi balik! Masuk je dalam rumah, terus bagi Boboi makan. Memang serious banyak dia makan tengah hari tuh. Lapar sangat la tuh. Padan muka dia jugak, sape suruh tak balik rumah! Bukan jauh sangat pon!

Maka begitulah kisah kehilangan Boboi. takde misteri sangat pon. Saje je. heh.

p.s: Baru tau yg Bobi sangat femes kat kampung ni. Sume orang kenal dia. Haha.

2 comments:

Anonymous said...

boboi ni kan yg demam hari tu? nak tanya la. macam mana dia boleh sembuh ye. sebab kucing saya demam. die da 3 hr tamau makan. da pegi vet. bg glukos semua. tapi semua kene paksa.

aina mania said...

boboi demam pon berhari2 jugak dulu... xsure. dalam 3-4 days kot. dia mmg xlarat nak buat pape pon. makan pon xlalu. so semuanya mmg sy paksa.

bile waktu makan, sy bg dia minom susu thru syringe. tp mmg sikit sgt kuantiti yg dia nak minum. xpela, janji dia minom. then kalau makan, bg wet food and suakan ke mulut dia.

and jgn lupe bg ubat doc. sy dulu dpt antibiotik. keep on giving ur cat, walaupun paksa. n jgn berhenti berdoa! gudluck! :).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...