Monday, May 3, 2010

8 Jam Bersama Janda Muda

Location: ct aishah 2.1


Hari ini isnin. Semalam ahad. pandai aina. pandai. semalam aku naik bas. balik terengganu. dari rembau. eh, seremban. aku tido sepanjang masa. dkt bahau, ade sorang akak n anak dia kecik dok sebelah aku. aku wat bodo. sambong tido. ngantok. sampai keratong, benti makan. aku sambong tido. akak tu turun. anak dia tinggal kat dlm bas. tido. tibe2 anak dia bangon. mcm nak nangis, tp xnangis. tapi cari mak dia. aku kate "mak ade, kat bawah tgh makan. adik dok sini ehh". dia dgr ckp. dia dok diam. tapi muke resah. xlama pastu, mak dia naik.

Mula lah sesi berborak dengan akak itu. dia gelarkan diri dia kak Ti. rupa2nya dia janda. Umor baru 30 taon. aku terkejut. dia sangat open bercerita dengan aku. aku layan je la. pengalaman baik punya! dia ade anak 3. paling tua umor 10taon. exhusband dia 32taon. hubby dia curang dekat dia. hubby dia driver bas express dari terengganu ke kl. mula2 keje ok. everytime balik, bagi duit kat isteri. lama2, isteri smell something fishy. bau kat badan laki, bau perfume lain. duit pon da xbagi. rupe2nye da ade pompuan lain kat kl. cis. mintak kawen 2. kak Ti kata, ceraikan dia. Kak Ti xnak bermadu. macam tu je dia cakap. xde pujuk rayu lansong ke hubby dia. wowh. dia cerita kat aku pon tanpa perasaan sedih.

Banyak tips aku dapat dari dia pasal laki. Huhu.. suke! Dia kata:

1. Jangan percaya pada lelaki yang menangis mahukan anda. Itu dusta
2. Jangan merayu pada lelaki kalau dia ade perempuan lain. Biarkan...
3. Jangan terima balik lelaki yang pernah menduakan kita. Dia akan mengulanginya
4. Jangan mudah mengalah. Bila laki tinggalkan kita, itu bukan akhir dunia.
5. Teruskan hidup. Jadikan perkara lalu sebagai pengajaran.

Kak Ti kata, lepas mereka cerai, hubby dia ade pernah nak baik balik dgn dia. Kate rindula, menyesallah, tapi  Kak Ti tau, itu sume dusta. Bak kata dia " laki ni dik, mereka menyesal kejap je, bile mereka rindu, mereka datangla carik kita, yelah, da lama xtido dgn kita kan, bile da dapat nnt, mule la buat perangai lama balik"... sungguh dasyat sekali.. Dia jugak cakap, mase mula2 nak ajak kak Ti kawen, nangis bagai nak rak. Last2 skang, sanggup tinggalkan Kak Ti demi seorang perempuan yang baru  dikenal. Oh lelaki...

Sekarang ni Kak Ti xbekerja. dia ngn anak2 dok dgn parents Kak Ti. Aku tgk hidup dia sgt bahagia bersama anak2. Dia sangat sempoi. Macam xde masalah ape pon. Aku sangat pandang tinggi pada perempuan macam Kak Ti. Dia tak "mati" selepas satu kegagalan.  Kalau satu hari nanti aku jadi macam dia, aku harap aku dapat jadi sekuat dia.

Kak Ti asal dari Marang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...