Saturday, June 15, 2013

Let's pray for our muslim brothers and sisters everywhere.

Doa senjata mukmin. 

Aku sedih la. sedih tengok dunia macam ni. Di Malaysia perang cyber. Ramai keyboard warriors dilahirkan hari-hari. Orang dibawah tak suka orang di atas. Orang sebelah benci orang belakang. Sekali sekala berlaku pergelutan berdarah di jalan.

Di Syria? Di Palestine? Mereka berperang untuk kemanusiaan. Untuk agama. Innocents die every day. Innocent men, women, even children!

Dan akan aku dengar suara sumbang katak yang berkata  "Alah, diorang ni berperang, jiran-jiran negara Arab tu pon bukan nak tolong. Kita pulak beria nak tolong."

Mereka Islam. Kita Islam. Jangan pikir jiran dia xnak tolong, lepastu perlekehkan kita yang jauh ni pulak nak tolong. Salah tolong saudara-saudara Islam kita?

Tolong. Tolong bagaimana? Tak mampu nak berjuang sekali dengan mereka di sana, berjuanglah di sini. Sebarkan khabar tentang mereka. Biar ramai tahu.  Doakan sengsara mereka akan berakhir tidak lama lagi. Jangan harapkan berita di tv saja. Berita di tv padat dengan aktivti-aktiviti di negara kita, tiada ruang untuk menceritakan apa yang terjadi di sana.

Kenapa aku macam ni malam ni? Sebab aku baru lepas tengok video Mr.Bie. Ramai kenal Mr. Bie kan? tak perlu intro panjang tentang beliau. Cukup sekadar tau dia selalu buat parodi lagu2 mainstream jadi lagu islamik/dakwah.

Selama ni aku banyak baca blog2 saja tentang apa yang terjadi di sana. Kali ni Mr. Bie siap compilekan footage2 di sana lagi.

Siapa yang tengok pasti sedih. Pasti mengalir air mata. Doakan mereka. Doakan mereka.

Sunday, June 2, 2013

Kisah Seorang Guru Ganti

Assalamualaikum. lama rasanya aku tak tulis entry. Memang dah lama hajat nak buat satu entri pasal pengalaman jadi guru ganti ni, tapi nak tunggu sampai bebetul tamat kontrak. Bila kontrak dah tamat 23 May haritu, perasaan malas update pulang menyerang diri. Hehe. So only today rasa bersemangat skit nak update, so, jom baca lah liku2 kehidupan aku sebagai seorang guru ganti.

Kepada yang tak tau, sehingga ke harini, aku dan rakan2 sebatch aku PISMP 2009 masih lagi menanti pengumuman posting daripada orang atasan. Sudah 6 bulan kami menunggu, bayang2 macam nampak, tapi kejap je. Pastu dia hilang balik. Masa awal tahun haritu, ade tergerak hati nak mohon guru ganti, but dengar cerita dalam bulan Januari or Februari ade posting. So tak jadilah nak apply. Tup2, sampai tarikh yg dinyatakan, bukanlah posting pon, hanya interim. Itu pon tak semua orang dapat. Interim dibuka kepada sekolah SJKC dan SJKT kerana dikatakan sekolah2 ini kekurangan guru. Dan mereka yg dapat interim ni majoritinya chinese and indians, and a few malays and major PAI. Then tak lama lepas tu a few Malays and Bumiputera guru pelatih pulak dapat interim ke sekolah2 di sabah sarawak, and a few states in peninsular. Sekolah-sekolah yang mereka dapat interim ni kebanyakannya adalah sekolah kebangsaan agama. So, bila aku tengok dorang interim sikit-sikit macam ni, aku dapat rasakan, harapan untuk posting tu lambat lagi... posting tak akan muncul sebelum pilihanraya. Aku pon nekadla carik keje. Sebab masa tu dah 3 bulan lebih duduk rumah tak buat ape kan. Pening kepala jugakla hari-hari bangun lambat, tido lambat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...