Anda ada teman lelaki? Adakah teman lelaki anda psycho? Yes? No? Tak tau? Anda tanya saya macammana nak tau teman lelaki anda itu seorang psycho atau tidak? Senang je.. Kalau teman lelaki anda itu ade 50% atau lebih ciri-ciri yang saya akan nyatakan ini, maka teman lelaki anda adalah seorang psycho.
Take a deep breath girls...
Read on!
Ciri No.1: Kuat Cemburu/ Cemburu Buta
Lelaki jenis ni tak boleh tengok girlfriend(gf) dia dekat dengan mana-mana lelaki. Kalau nampak berborak je, hah! silap besar la cik kiah!Perang besar beb! Kadang-kadang tu, even dengan kawan-kawan girlfriend tu sendiri pun dia nak jeles. Kalau si boyfriend nampak girlfriend dia borak ngan kawan dia sendiri, lagi la jeles! Senang cite, gf dia xboleh nak bersosial la bila da bercinta ngan laki ni. Kawan dia kene perempuan je semua.
Ciri No.2: Privacy Invader
Aku tak tau in BM amende ni. err, i'll try, "penceroboh privasi"? Hehe, it sounds right, tp english version sounds much cooler kot. Anyway, lelaki sebegini tidak akan duduk diam apabila bersama anda. Asal keluar date or jumpa je, mesti nak mintak handphone. Dia akan check messages, missed calls, incoming calls, outgoing calls, duration of each calls, and even your photo gallery. Selain dari itu, dia akan mintak password email anda, facebook, myspace, friendster dan macam2 lagi. Semua dia nak cek and selongkar setiap masa. Kenapa dia buat semua ni? Untuk pastikan anda tak cheating on him!Woooaaa~ dangerous! Kadang-kadang tu ade yang gile psycho sampai stalk ke rumah gf dia. Intai2 kat tingkap tgk dia ade tak kat rumah.. Hahaha.. adeke sampai ke tahap macam ni?
Ciri No.3: Details! Detail!Details!
Ciri apakah ini? Haaa~ Boyfriend yang ada ciri ni dia akan call/txt awek dia every 1 hour (contoh la, ade gak yg call every 5 mins), n tanya tengah buat apa, and ask details about what you are doing, like, dengan siapa, kenapa,bagaimana, dimana bla3. And girls, don't u dare picking up the phone late, coz bila lambat je angkat phone, dia akan mula syakwasangka pada you and won't trust the reasons that u gave him.. Dasyat kan?
Ciri No. 4: Soal dan terus menyoal
Ciri ni ade kaitan ngan ciri 3 jugak. Contohnya, u lambat angkat phone dia kan. So, bile u angkat, dia akan soal u macam2 soalan. Like, kenapa lambat? pegi mana? bla3. And walaupun u dah bagi alasan yang paling kukuh, dia still nak jawapan lain. And also, in his eyes, he's always right, and sebenarnya xda point pon arguing with men like this. He's always wants to win.
Ciri No.5: Pemanipulasi Keadaan
Ohhh~ this guy is really good! Situation manipulator! At times, bf and gf do fights and argue right? And this guy will do his best to make it look like you are the one to blame in the argument, walaupun dia yang at fault! Such a snake kan? sleeky slimy bf. Dia akan act out jadi seorang insan yang lemah and tagih your simpati and make you apologize to him for something that you did not cause.
Ciri N0.6: Gaduh di public
Memalukan seyh! Tapi dia peduli ape ngan malu. Rasa malu pun dah hilang kot. Lelaki Psycho kan? Nak gaduh pun, dah tak pikir tempat dah. Kalau boleh, memang saje pilih tempat yang lagi ramai orang. Niat nak malukan anda kot. Entahla.. haha..
Ciri No.7: Ugut!
Berani la anda nak mintak break ngan dia. Macam2 ugutan yang akan anda terima nanti. Contoh ugutan adalah "kalau awak mintak putus, hidup awak takkan aman!" atau "bile kita putus, nyawa awak pun putus!" atau "saya dah dekat atas bangunan KB mall ni,awak nak terima saya balik ke tak!!".. scary kan? either u die or he dies. Basically, u can't run away from him. Dia akan buat apa saja untuk kekal bersama dengan anda.
Ciri No.8: Mesra
Dia slalu contact kawan-kawan dan ahli keluaga anda dan beramah mesra tapi sebenarnya untuk tau details pasal anda. Selalunya dia buat perkara ni semua tanpa bagitau anda pon. Ada tu sampai sanggup datang rumah bawak buah epal lagi, tapi anda xde kat rumah pon. Entah ape yang nak diinvestigate kat keluarga anda, saya pon tak tau.
Ciri No.9: Mangsa Keadaan
Kalau tanya pasal bekas-bekas teman wanita dia dulu, mesti dia akan menceritakan yang dia ni mangsa yang ditindas. Dia akan menceritakan yang dia slalu gagal dalam percintaan dan bagaimana selepas seorang demi seorang wanita menghancurkan hatinya. Kononnya dia ni baik gile la, sangat setia, xkongkong hidup gf dia, tapi gf dia xpernah nak menghargai pengorbanann dia.. ish3.. kesiannya dia..Padahal~
Ciri No. 10: Unpredictable!!
Sikap ni paling-paling sangat dasyat sekali. Bayangkanlah, anda tengah gaduh gile hangat dengan dia ni. Tapi esok tu boleh plak dia datang jumpa anda buat macam takde ape yang berlaku. Siap sweet talk lagi. Tapi tak mintak maaf pon. Macam tak pernah gaduh la semalam. Ataupun, anda tengah dalam suasana yang bahagia dengan dia, tetibe dia nak melenting tak tentu pasal. Memang tak boleh nak ramal la sikap dia ni.Ikut angin dia jee...
Ciri No.11: Terlampau sayang
Ciri ni nampak macam positive kan? In most cases, lelaki psycho ni memang dia terlampau sayang dekat awek dia. He'll do anything for her. Itu yang sampai call sepanjang masa tu.. Nak pastikan awek dia selamat la kot.. kot! sanggup ketepikan hal keluarga untuk gf dia yang tercinta. And sampai sanggup mencederakan diri sendiri. Tapi kita kene ingat, sebelum kita sayang orang lain, kita kene blaja sayang diri kita dulu. And sayang family kita. Ape2 hal, utamakan family, barulah kawan-kawan dan teman istimewa. Dan janganlah terlampau sayangkan seseorang tu, kerana dari sayang boleh jadi benci.
So, is your boyfriend a psycho???
11 comments:
OMJAYYYY! Bullseye! Semua kena kot! It's official now, he's a psycho.
@__________@
girl~ i feel sorry fo u..there's nothing u can do.. once ur in, there's no way out!hahaha...
owh... if kalau girlpren pun buat macam nie..dikire psyco jugak kan..kan...
hahaha
seb baik x buat ;p
rasanya same je kot laki pompuan.. ke pompuan lagi dramatik lagi??? hahaha...
rase2 aku cmni ke??ahahaha..of course not la
hadhri: emmmm...ntah la... ko byk belakon je nih.. hehe
Grrr.. My bf sjibik cmnih. Mslhnye smpi biru lebam tgn tseliuh sume gara2 msg. Pdhal bkn laki pn msg..housemate kot. Tatao na ckp cmne. I mmg rmi pminat. Tp i ta layan kot..kwn2 pn tao i cane..pity me.. Tp tatao la na ckp cmne lg i stia cmne. Tatao la. Mlmpau2.siyes. Tgn sume biru birat. Housemate tgur. Ofismte tgur..
ini da kes berat ni... xgune setia pada orang yang macam ni... love means trust. kalau dia xboleh nak trust u and believe that u r loyal to him, then there is no point in continuing this relationship.... better angkat kaki sekarang daripada later... lagi lama, lagi sakit..
dulu bekas suami sy seorang psyco...sume yg tertulis kt blog ni sume ade pd dier...dpn sy mcm2 kate dpn fmly dier n kekwn dier dier kate sy mcm2...downg pon percye 100% besela owg psyco nikan pndai memutar belitkan crite dan keadaan...dulu syni istri dier pon dier curiga pada sy smpaikan ank yg sy kndung ni pon dier curiga...gila kan...bile dier memaki hamun sy sy suh dier lpaskan sy...dgn tnpe rase bersalah dier ceraikan sy..lpas tu dier gtaw sume fmly dn kekwn dier sy yg mintk cerai...dier psyco lg...
i am sorry to hear bout ur story sis. tp Alhamdulillah, u finally got the relationship over with him, walaupun terpaksa bercerai. I hope u r doing better now in your life. :)
Post a Comment