Saturday, January 30, 2010

MANGSA LUKU

Bertarikh 27 Januari 2010..

Di suatu petang yang hening, aku sedang bergolek-golek diatas katilku yang empuk namun berselerak..
Kawan-kawan mengajakku pergi ke pasar malam untuk membeli makanan untuk dimakan pada malam itu..
Aktiviti ke pasar malam ini, adalah rutin mingguan dalam hidup kami...
Maka, pada pukul 5.45 petang, kami memulakan perjalanan kami ke pasar malam yang terletak 10minit jauhnya jika berjalan kaki dari IPG.
Sesampai di sana, aku sudah tahu apa yang aku nak beli...
Lalu aku berjalan merentas arus manusia dan menuju ke kedai yang ingin ku tuju...
Kedai Kembar Farid...
Aku membeli laksa penang yang harganya RM2 sebungkus.. laksa dia sedap..tapi tidakla se"pure" penang punye..
Semasa berlegar-legar, aku terlihat orang menjual ABC yang sangat sedap... Lalu aku pon beli.. Aku berkata kepada makcik itu , "Makcik, nak extra manis ye".. Aku tersenyum...
Usai membeli belah, kami pon berangkat pulang...
Aku berjalan dengan laju sekali di hadapan kerana cuaca amat panas...Aku bimbang ABC ku akan cair...
Maka, aku berjalan bersama Ali di depan, manakala Ieja dan Mas ketinggalan 40meter di belakang..
Sedang aku berlenggang-lenggang kangkung di tepi jalan, seketul basikal ala-ala BMX lalu disebelahku...
Seorang remaja lelaki berumur dalam lingkungan 13-14 tahun, dengan tiba-tiba meluku dahi ku...
Aku terpana... Aku tergamam.. Aku hanya mampu menjerit.. "VAVEE!"...
Remaja itu terus mengayuh basikalnya ke depan.. sambil menoleh ke belakang, dia tersenyum mengejek ke arah ku dan berkata.. "Sakit dok, sakit dok?"...
Aku hanya mampu menyumpah seranah remaja itu... Hendak ku kejar, tidak larat..
Dahi ku benjol kemerahan dengan serta merta... Dahi ku terasa sakit.. Tapi tidaklah parah..
Sampai sekarang aku masih bingung dan tertanya-tanya..
Apakah motif remaja itu..
Kenapa aku yang dipilih...
Kenapa sial sangat perangai remaja itu..
Tiada adabkah dia?
Sewelkah dia?
Bangang kah dia?????
Sampai sekarang aku masih belum dapat memaafkan remaja yang tidak ku kenali itu...

                                        Kenapa mataku seperti juling???? Effect kene luku kah????



p.s: Susah betul aku nak tulis dalam BM baku n formal.. bebelit jemari aku type.. hahahaha











4 comments:

ieja said...

trnanti2 ak post ko yg 1 ni..hehe..
agk2 la kn kalo ko jmpe bdk 2 pasni, ko nk luku blik k dahi mamat 2??

aina mania said...

rum8 saya pernah pesan..
dulu2 laa...
masa zaman foundation..
lebih kurang mcm ni la dia ckp...

"orang buat baik ka... orang buat jahat ka, kita kene buat baik dengan orang tuhhh..."..

Marya Hana said...

wakakkakakak.
cam kimax yo dak 2..
aku rase kaw ade kacau muntut dye kot dlu2..haha.

budus. ponek aku gelak ngok oyyy..!
kesian kaw esah..

aina mania said...

yang ko nak carot2 no pehal plak?huhuhu... ko gelak tp kesian kat aku.. xikhlas la ko weihhh~~~!!! lolz

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...