Tuesday, January 12, 2010

Lelaki Curang



Zaman sekarang ni, semakin ramai lelaki yang berani menunjukkan belang mereka. Wah!wah!wah… Abe yang dulu setia, kini sangat berani menduakan buah hati pengarang jantung nya.. Terduduknya saya di depan laptop ini, untuk merungkai factor-faktor kecurangan seorang lelaki. Disebabkan saya masih bujang, maka saya akan membincangkan factor mengapa seorang pakwe curang kepada makwe nye. Bile da kawen nanti, baru pasal kecurangan seorang suami plak.. haha…



                                                          6ixthsense:TakBisaMemilihmu.Lagukecurangan seorang lelaki.

Faktor-faktornya adalah:
1.       Lelaki mudah bosan. Mahu cari barang baru. Walaupun awek nya sekarang seorang Miss World. Nama pon lelaki, tak pernah puas.
2.       Awek yang membosankan. Muka bosan, perangai bosan, xde klimaks lansong dalam relationship diaorang
3.       Awek yang Queen Control. Laki mane nak tahan beb klu kau asyik nak cabar ego depa.
4.       Awek yang kuat cemburu. Semua aktiviti boyfren, semua yang boyfren buat, semua dia nak tau. Takde ruang untuk bernafas lansong!
5.       Belum sedia untuk memberi komitmen. Mungkin kerana bercinta terlalu awal. Masih banyak yang dia harus pelajari
6.       Usia masih muda, nak ENJOY dulu. Dah masok 30 kang, baru la cari yg boleh buat isteri.
7.       Masih dalam fasa “browsing” for the right one. Maka, melompatlah dari seorang perempuan ke perempuan yang seterusnya. Salah kah dia mahu mencari “Mrs. Right?”
8.       Awek sendiri tak percaya boyfren dia tuh setia. Maka, boyfren dia pon merasa “baik aku pasang lain je, dah dia pon xcaya kat aku kann”
9.       Lelaki Buaya Darat. Memang pantang tengok gadis kecil molek lalu depan mata. Mesti nak ngorat. Latest edition beb, mane bole lepas. Ingat senang ke nak dapat di pasaran.
10.   Tahu diri hensem, n rasa diri layak untuk pasang perempuan yang ramai dikeliling pinggangnya.
11.   Mahukan variasi dalam hubungan percintaan. Dengan Siti, Meon dapat bermanja. Dengan Minah, Meon dapat meluahkan perasaan. Dengan Leha, Meon dapat menggunakan kuasa autokratik.. etc
Ada lagi yang aku tertinggal ke?
Sekarang dah tahu factor lelaki curang, mari kita siasat simptom-simptom yang dialami jika seseorang lelaki itu curang.. haha.. zasss~
1.       Boyfren anda memiliki sekurang-kurangnya 2 handfone
2.       Bila diminta untuk tengok phone, dia sangat keberatan untuk memberinya
3.       Jika diberi handphone pon, pasti “Inbox” dan “Call list” sudah dikosongkan
4.       Handphone disilentkan apabila keluar date dengan anda, dan bila msg masok, dia xbagi anda baca lalu senyum sorang2.
5.       Bila ade orang call, cepat2 lari jauh2 dan tak bagi anda dengar. Dia akan cube cover muka selamba. Dan bila habis bercakap dengan orang ditalian, dia akan pergi semula pada anda, dan tidak memberikan anda ruang untuk bertanya siapa, malah akan terus membuka topic baru.
6.       Anda selalu dapat msg pelik daripadanya seperti “Abang pon rindu Jamilah jugak” .. sedangkan nama anda Balqis Adlina. Pehhh!!
7.       Sejak akhir-akhir ini, amat susah untuk ajak dia keluar makan. (takot teserempak dengan awek no.2,3 dan 4)
8.       Kalau keluar pon, akan pergi ke tempat-tempat yang jarang dijejaki manusia, seperti Muzeum Negeri, Makam Dol Said dan sebagainya.
9.       Boyfren anda mengalami PMS. Kejap dia cakap lembut, tak sampai 5 minit, boleh gadoh. Ini adalah kerana awek no.2 telah hantar msg ke handfone lagi satu berbunyi “abang, call Jamilah, Jamilah rindu”. Maka boyfren anda harus bergadoh dengan anda dan akan berkata “ Awak jangan call abang malam ni! Abang nak rehat!Tensen la ckp dgn awak!”. Dia terus letak fone dan mematikannya. Anda terpinga-pinga dan menangis. Sedangkan dia sedang bermanja mesra dengan Jamilah.
Ada lagi yang aku tertinggal ke?
Aku asyik bercerita tentang lelaki curang. Namun, aku tidak menafikan bahawa perempuan juga bisa curang. (bapak skema ayat hamba). Aku juga sebagai wanita, mengaku, peratusan wanita curang tidak mustahil sama level dengan lelaki curang. Aku juga pernah c.u.r.a.n.g. Tapi kini dah insaf bebbbbbbb….tapi kes aku laennn..(semua perempuan kalau curang akan cuba backup diri sendiri) hahahaha….Anyway, back to the present day, aku ade seorang kawan. Boifren dia pon kawan aku. Boifren dia curang dengan dia. Dia dapat tau. N boifren dia berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Tapi aku tak percaya. Tapi siapakah aku untuk menghalang Uda dan Dara. Aku harap kawan aku buat keputusan yang betul. Lelaki itu seperti PLAYBOY TEGAR! Sangat sukar untuk diubati penyakitnya. Masuk pusat serenti pon belom tentu boleh sembuh….wallahualam...
p.s: kawanku yang sedang membaca, aku ade beberapa kawan yg boifrennya curang. Uda dan Dara yang aku maksudkan, mungkin bukan yang kau fikirkan sekarang... huhuhuhuhu.... jeng3~


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...