Secara personalnya, bercuti ke Pulau Mabul memang dah lama aku idam-idamkan. Sejak dari zaman IPG lagi. Memang aku dah lama berhasrat that one day, aku akan jejakkan kaki ke sana. Pulau yang banyak diperkatakan orang. Mempunyai underwater scenery yang sangat-sangat cantik yang mampu kalahkan Pulau Perhentian. I want to see it for myself. I want to experience it for myself. So, mid-February haritu aku gather my geng kaki jalan and luahkan hasrat dihatiku. Huhu. And Alhamdulillah, depa suma setuju nak gi. Hence, we picked the date, and it happen to be during good friday holiday.
18-20 April 2014.
As always, aku lah yang kene rancang semua. haha. ticket flight, trip pakej etc. So sepanjang nak sampai ke 18th April tu, keje aku email resort, call sana call sini, carik pakej termurah. And in the end, Alhamdulillah, more or less I got what I want and am satisfied with it. Aku tak merungut. Aku suke handle bende2 gini. Sebab ni holiday aku. So bile aku buat seniri, aku rasa puas hati sebab aku dapat ape aku nak. Aku dapat ape yang aku idamkan dengan harga yang aku inginkan. Cuma terkilan sedikit dengan harga tiket flight lah. Sebab bajet memang tak lebih 300 return, but turn out to be 400++ return. Semuanya sebab lambat beli.
Untuk cost pakej ni pulak, actually aku tak amek pakej dengan resort yang kitorg stay. Perancangan awalnya memang nak amek pakej, which is about rm370-rm430 per pax inclusive of boat ride, snorkeling trip to 2-3 spots, accomodation and food for 3 days 2 nights. Tapi pakej tu mmg takdela snorkel sampai Kapalai or Bohey Dulang. Extra charge klu nak ke situ. Then aku diperkenalkan dengan seorang member kepada member ni yang posting dekat area Semporna. This guy memang best wa cakap lu. Pulau-pulau kat Semporna ni memang hujung janggut dia je. Haha. Baru duk situ tak sampai setahun tapi boleh sembang da macam expert pulau dah. Syukur lah aku ditemukan dengan orang yang betul untuk trip kali ni. So dengan dia lah aku banyak berurusan. Rasa macam menyusahkand dia pon ade jugak. hahahaha. Nasib lah labu.
So anyways, this guy, Omar, dia suggest sewa boat sahaja untuk sepanjang 3 days trip ni. Boat tu akan bawak ke Pulau Mabul where we gonna stay and also to snorkeling places. Dia jugaklah yang suggest pergi Bohey Dulang. Kalau dia tak cakap, memang aku tak akan tau pasal pulau Bohey Dulang nih sebab pulau ni memang tak banyak travel agent promote. So, sebabkan dia expert n dia banyak contact, dia tolong aku setelkan hal boat, and permit bagai. Keje aku, setelkan penginapan dekat Mabul and dekat Semporna. And also flight tix from Sarawak to Sabah. And also kumpulkan orang kampung for the trip. Alhamdulillah trip ni mendapat banyak sambutan, and total number of people yang join = 16!! Tak pernah aku handle group trip sebesar ini.. fuhhh fuhhh~!!! So total cost for the trip only exclusive of flight tix is around RM300 -ish.
So nak tau rentetan percutian aku? Meh aku cite satu per satu.
17.4.2014
Perjalanan bermula dari Mukah ke Miri. Haruslah ke Miri sebab disitu aku naik flight ke Kota Kinabalu, Sabah. Mukah ke Miri by car takes about 5-6 hours drive. Depends pada kelajuan ko. Jalan dekat Sarawak ni xde highway canggih macam semenanjung so pepaham jelah. Satu jalan tu je yang ada yang menemukan utara Sarawak dengan selatan Sarawak. Aku bertolak agak lewat petang jugaklah sebab menunggu kereta kawan lagi satu dari Saratok. So dalam jam 7.30pm kami mulekan perjalanan ke Miri, and arrived at around 12.30am. Tido rumah kawan di Miri, sebab rasa mcm membazir la klu nak book hotel just for a few hours. Total semua dari Sarawak ialah 6 orang.
18.4.2014
8:00am flight to KK (MAS)
9:30am: flight to Tawau
10:40am: arrived at airport Tawau. had our breakfast. Lepak2 sambil menunggu Omar datang jemput.
1pm: Perjalanan ke Semporna. About 1hr drive. Tak jauh mana pon. Jalan pon ok.
Sampai Semporna, tak terus naik bot. Beli2 dulu keperluan yang sepatutnya, macam air mineral n roti.
4pm-ish: Naik boat ke Pulau Mabul. Boat ride dalam 1hour exactly. Di Mabul we stayed at Arung Hayat. A budget resort, tapi ok la. Cantik, clean and simple. We paid RM100 per pax for accommodation and 3x makan.
|
di Arung Hayat |
Malam tu aktiviti bebas. We actually round the whole pulau on foot secara berjemaah.. Huhu, lalu kubur sume bagai. adventure beb! And yeah, malam tu jugak kitorg nampak penyu berlegar2 dekat resort kitorang. Bak kata kawan kitorg, penyu ni umpama kucing dekat sini. Senang gile nak jumpe. huhu
|
siap ade bodyguard lg nak g round pulau ni. haha |
19.4.2014
8:00am: after breakfast, we went to our first snorkeling spot, Pulau Kapalai. Bagi aku, scenery dia biase2 je la kat sni. Takde wow factor. huhu. From Mabul, the boat ride took us 20minutes to reach Kapalai. Tapi resort Kapalai ni memang cantik la wa cakap lu. N from Kapalai to go to Sipadan dah dekat dah.
|
time ni belom pukul 7 pagi ponn |
|
pandai berenang bole la terjun.. pfftt |
|
kapalai |
|
fefeeling tenang gittewwww |
1130am: Balik AR, ready for lunch and pack barang untuk check out.
2:00pm: Snorkeling area Mabul island. Sini pon biase2 je. Ade spot yang cantik, ade spot yang ok lah.. Still tak jumpe wow factor. Kat area sini gak aku terpijak landak laut. Sumpah sakit wooiiii... Sting dia tuh lama gile nak tunggu dia hilang. huhu
|
mabul |
|
first time pakai fin. teruja weh! laju gile berenang! |
|
time ni air surut. adik tu relax je jalan kaki dari pulau.. kitorg je beriye snorkeling. kat sini la aku kene landak laut |
4:30pm: Went back to AR to pick up our stuff. Boat ride back to Semporna town
5:30pm: Sampai Semporna jetty, went to Dragon Inn (not far from jetty, walking distance je). Check in for the nite. Kami stay at family room which is RM 160 per night. 1 queen 1 single. inclusive of simple breakfast, roti n air.
8:30pm: Makan malam dekat restoran di Semporna town. Aku order tomyam untuk 2 orang. Sekali mangkuk dia bagi, besar gile bak ang! Macam nak makan untuk 5 orang tom yam dia!
|
Arung Hayat! |
|
Dragon Inn floating resort |
20.4.2014
7:30am: Boat ride to Bohey Dulang from Semporna. One hour boat ride.
8:30am: Sampai jeti, sumpahlah cantik gile air kat sini. Sampai2 je, pak cik guide bagi taklimat sebelum panjat bukit Bohey Dulang. Bukit ni taklah tinggi mana, 600m je. but quite steep lah.
|
Si Omar preparing stuff before boat ride |
|
taklimat before panjat BD |
it took me 30minutes to reach the top, which according to our guide is average time lah. Yang slow sket tu. 40mins, 45mins gittew. Guide tu kate standard time dia is 18minutes. okehhhhh~~~~~ Sampai atas tu, memang subhanallah cantik gile okeh! Bole nampak the whole pulau, Bole nampak pulau2 berdekatan. Memang cantik gile.
|
puncak BD |
Then lepas puas layan puncak BD, kitorg turun untuk some snorkeling area situ. Masa nak turun tu aku da xsabar2 dah sebab bole rasa kat sini memang cantik. Air dia jernih ya amat! Sampai je bawah, makan lelaju, and terus terjun! haha. And, memang tak menghampakan. Sini snorkeling memang thorrrrrbaekkk wa cakap lu! The corals, the fish, memang awesomeeeeeeeeeeee. And sini pon memang banyak gileeeeeeee landak laut. Haha. Tapi kali ni dah berjaga-jaga dah. So tak kene lah.
|
jetty BD |
|
Si Omar yang function giler. Jeles tengok dia menyelam lelama |
|
serupa otak |
11:30am: Boatride back to Dragon Inn. Mandi2, check out at 1:30pm. agak lewat check out nih. Nasib baik tak kene charge apa2.. Before separated as a group, kitorang shopping2 dulu dekat souvenir shops kat DI nih. memang banyak souvenir shops, kene pandai carik yang murah. Di situ lah aku beli baju Keep Calm and Dive Mabul aku for rm20. hehehheehhhe
3pm: . Geng Sabah n Sarawak berpecah. Yang Kinabatangan Sabah, drove themselves back to Kinabatangan. Yang Sarawak, drove to Tawau Airport, Omar tolong hantarkan lagi.
4:55pm: Flight to KK. Check in at Switz Paradise Hotel, KK. Not far from airport actually. Dalam 15minutes je. We booked 1 deluxe family, rm109, and 1 standard, rm79. Hotel dia ok la... budget, tapi very2 selesa. Hotel dia ni dekat atas Asia City mall. So senang la klu nak soh pakcik taxi hantarkan. From airport to hotel, we took airport cab (avanza), which cost us rm42.
That night, we went to Pasar Phillipines for some seafood fiesta. Rugila datang Sabah ni tak merasa seafood dia kan... We went on foot, which took us about 10 minutes from our hotel. Kitorg tak tau jalan pon. Main redah jee.. hahah.. last2 sampai jugak. That night, memang banyak gile kitorang makan. Total damage, RM210. fuh fuh fuh.. haha. bahagila 6 orang, sorang baya rm35. Tapi memang bebaloi.. banyak gile kot. sedap plak tuhhh
|
seafood fiesta baybehh |
|
makan sampai lebam! |
21.4.2014
7am: hotel arrange transportation to airport. RM50. avanza again. Sampai awal, breakfast sepukul.
8:45am: Flight back to Miri.
Sampai Miri, jejalan dulu, then baru gerak balik ke destinasi memasing. One car to Mukah, another to Saratok. Aku sampai Mukah jam 12am. Drive sensorang masuk jalan yang sunyi. Scary wooo... Semak samun kiri kanan. Kereta tak lalu...Rasa macam nak nangis! Almost nangis jugaklah.. Tapi kuatkan diri.. huhuhuhu...
4 comments:
PErghh!!teringin nak pergi pulau mabul..!!
kalau dah teringin, memang wajib la pergi :D
hi! bole mintak no fon org yg bawa p bohey dulang? email to mayamiera77@yahoo.com.. tq in advance
salam. bole minta no fon Omar ? urgent ekceli... pls email to fadz_erra@yahoo.com tq in advance ;)
Post a Comment