Monday, April 8, 2013

Percutian Saya Ke Bukit Tinggi, Indonesia. PART 1




Tajuk ada macam karangan budak darjah 5 tak? Haha. Inilah penangan orang baru jadi guru ganti selama 8 hari. Haha. Yes, for those who didn't know, saya sekarang menjadi guru ganti di sebuah sekolah berdekatan dengan rumah sementara menunggu panggilan posting. Maybe there will be another entry for that. This entry nak cite pasal percutian sahaja. No work is allowed. Hehe

Introduction
Holiday kali ni, kami pergi berempat sahaja. Ibu, Abah, aku and my cousin Yan. It was 5 days 4 nights trip. Berpuas hati. Tapi macam tak cukup hari and duit nak shopping. Haha. Tapi ok la, sebab aku rasa, lagi lama aku dok sana, makin kopak aku. Seriously, aku macam rambang mata kat sana. Tickets da start booked since November/December 2012. Pergi-balik was about RM300+. So still affordable. Masa tu AirAsia tengah buat sale. Ibu was online, dia cek tickets, immediately tny aku, "Aina, nak g bukit tinggi tak?". I immediately said yes. Masa tu tak pikir pon dalam account ada berapa. Haha. Sampai date almost nak pergi, baru start buat kira-kira duit dalam account. Alhamdulillah, tolak duit tiket and belanja shopping pon, I still have extras to survive my life. haha. Anyway, untuk trip kali ni, kami pergi sendiri without agent, so dpt save more la kat situ.

Day 1.  26.3.2013
Keluar rumah around 4.30am. About 1 hour from our house to LCCT. flight pukul 7 something. Sampai LCCT, check in, baggage drop, scan and everything, Subuh prayers, masuk waiting area. n naik flight on time.

The journey took about only 45mins and we landed at Padang airport earlier than expected. Masuk airport, custom check, waited for almost 40 minutes dekat sini. So slow and strict. Habis custom check, keluar dari airport, our driver, Mr Hairul dah menunggu with his Avanza. Mr Hairul ni is actually the manager of the hotel  we stayed at. Dia also buat service pickup customers. Niceee~~ Masuk Avanza, kami pergi breakfast dulu. Kedai makan tepi jalan je. Padang is famous for soto, so we had a try at that. memang sedap. Pagi tu jugak kami diperkenalkan dengan teh talua. Ini bahasa minang, or bahasa bakunya teh telur. Sedap okeh. Mula2 ko mesti akan mcm reluctant sket, but u have to try it. Sedap, macam rasa float sikit, rasa teh tarik sket.. Sedappppp....

take off

kad ni kene isi masa dalam flight. flight attendance akan bagi. untuk bg pada pihak immegresen

arriving destination

touch down!

immigration line. around 40 mins

outside the airport. atap minangkabau



Kenyang sudah, teruskan perjalanan ke tapak Malin Kundang di Padang ni. Jauh jugak la dari airport. Aku tido je dalam keta. Ngantuk la.. pagi lagi tuh..Maybe dalam 40 mins kot.ntah la. Jalan nak ke sana, fuhhhhhhhh.... Kalau orang negeri sembilan, aku boleh umpamakannya macam jalan lama bukit putus. lagi dasyat dari tuh. berbelok2..Selekoh nak maut je atas bukit tuh.Naik bukit, turun bukit, naik bukit lagi, turun bukit lagi..Akhirnya sampai... Apentah nama pantai kami pergi tu, tapi disitu terdapatnya batu berbentuk kapal dan satu batu yang menyerupai seorang lelaki tengah sujud menyembah bumi. legend has it, itulah Malin Kundang.. Kalau kat Malaysia si Tanggang la. We took some photos there. Ada batu berbentuk treasure chest, layar kapal, tali, barrel and macam2 lagi. But ada jugak yang dah terhakis.



side of kapal

treasure chest!

this is malin kundang

with some barrels. 


Tamat cerita Malin Kundang, kami teruskan perjalanan ke bukit tinggi yang mengambil masa lagi 2 hingga 2 jam setengah. Jauh wooo... Jalan pulak jalan kampung.. Manade highway. Sepanjang perjalanan nak ke hotel ke bukit tinggi we stop at a few tourist attraction places. Firstly we stopped at Air Terjun Lembah Anai. Air terjun ni tepi jalan je. Percikan air dia sangat2 sejukkkkkk.... Kami just stop for taking photos je sbb sejukkkk... Lagipon it's not really macam kawasan air terjun yang besar boleh mandi manda dengan pelampung bagai n picnic. It's just by the roadside and with limited space. Tapi sangat2 cantik and sejuk la. seriously.
waterfallll

nampak tak tepi jalan??


Then we went to Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau at Padang Panjang. Pusat dokumentasi ni adlh satu bangunan berbentuk rumah gadang. What is rumah gadang? Haa, ini bahasa minang. Disebabkan aku ni orang negeri sembilan, yang sememangnya minang, tapi kadang2 aku seniri lupa daratan, boleh la paham sket2 loghat minang padang n bukit tinggi ni. Tapi bahasa minang di Malaysia dah banyak lari jugak dari Minang Indonesia. Gadang actually means besar. Kalau org n9 sebut, 'godang'. Kami banyak tuka 'a' pada 'o', sedangkan minang asal xde pon mcm tu. Di pusat dokumentasi ni, kami dengar cerita pasal rumah gadang, ape function dia and all. Basically, rumah gadang ni rumah satu family besar. rumah adat. 1 family dapat 1 bilik kecik. pastu setiap family ade ruangan dia masing2. dlm rumah gadang ni family bermesyuarat n langsungkan upacara apa2. Kalau nak aku storykan lagi, panjang pulak jadi entry ni, so smp situ jela aku stop pasal sejarah rumah gadang. huhu. After dengar sejarah, kami had a tour around the house. Then we went downstairs untuk try out the minangkabau's baju pengantin. weeeeewiiiittt~ haha.. Mak n ayah aku paling excited sekali. mane tak nye, dapat bersanding lagi sekali kann.. dah 27tahun yang lepas naik pelamin n melaram pakai baju pengantin. haha. Ayah aku siap bersilat dengan keris dia. Kemain semangat lagi. Aku teruja sikit2 je dpt pakai baju pengantin. Yerlaaaa, takde pasangan, mana seronok nokssss... haha. Orang pusat doc tu mmg baik hati la n mesra pelanggan. They dressed us up and we had a photoshoot session. Almost an hour jugak la bergambar. macam2 posing buat. suke betol parents aku. Pastu  untuk the whole service, rasanya tak sampai rm20 pon kitorg baya. belas2 ringgit je rasanya. Berbaloi2.... Pak Hairul pon baik jugak. semangat dia jadi photog kitorg.. huhu



mendengar sejarah ringkas pasal rumah gadang


sedang dipersiapkan

pelaminnya

pengantin lama semangat!

solo :(

two small pondok di kiri n kanan photo adalah tempat simpan beras. xigt plak ape "term" they use to call that.

bapakku bersilat




Penat bergambar, kami berhenti makan di Rumah Makan Pak Datuk. masih lagi di Padang Panjang. Memang tak jauh dari Pusat Dokumentasi tu. Kat sini la aku first time dpt wifi. Terusss online FB haha.. RMPD ni menyediakan masakan minang, n chuols, sgt sedap okeh... Konsep makan kat kedai2 cenggini sama je seperti di Bandung (aku bole compare ngn bandung je la eh, sbb aku pernah g bandung je kt indonesia ni selain bukit tinggi), dia akan susun pelbagai jenis juadah atas meja korang.. berpinggan2 lauk. But u dont have to eat them all. PIlih mana yg nak saje, yg len tolak tepi. Then nnt, dorang hanya akan charge yg ko makan je.. Klu ade lauk yg ko dah usik sket n makan, dorg akan caj jugak. So rugi lah.. Klu bab minuman plak, jus buah-buahan kat Indonesia memang terbaik. Pekat, likat, fresh. Tak macam kat Malaysia yang cair dan lebih ais dari buah..


banyakkk... tapi pilih mana nak jee


Lepas makan, we headed straight to Bukit Tinggi. But before sampai hotel, singgah bergambar sekejap di depan Rumah Pusako di area Pandai Sikek, then ke Grand Canyon or Lembah Ngarai Sianok. Rumah Pusako ni rumah orang biasa je. bahasa baku means, rumah pusaka. rumah ni jadi attraction sebab ukiran dia sgt unik n cantik, n masih mengekalkan ciri2 minangkabau. And, jangan pelik kalau tengok orang di kawasan ni masih lagi mengamalkan basuh kain guna punca air semula jadi. Sebab tu kat rumah2 orang banyak terdapat kolam besar.  Akhirnya, sampailah ke Mitra Arena hotel yang terletak di Pasar Bawah, Bukit Tinggi. Cuaca di Bukit Tinggi ni lebih kurang Cameron la (padahal aku xpernah pon gi Cameron, minggu depan baru nak gi) haha. Malam2 n pagi memang sejuk. Bagi aku la. tak tau la org len. Bilik kami memang tak dipasangkan kipas. And tak perlu pon. Sebab udara dia lembab n sejuk. Tapi tengahari n petang panas skit. Sikit je.




rumah pusako

grand canyon


my room n yan. rm50-rm60 per night. okay laaa... i'd rather spend less on hotel n more on shopping. asal bole tido, aku ok.


Adui, ngantuk la pulak. Hajat dihati nak buat 1 entry je pasal trip ke bukit tinggi. tapi nampaknye macam kene buat 2 entry la... bersambung bole? boleh ehh..... stay tuned for day 2,3,4, and 5!. yang 4 hari ni aku akan try cramp in 1 entry sbb we all just went shopping je, xde g melawat tempat2 menarik pon mcm 1st day ni... InsyaAllah, I'll try to manage. 

till then, toodles!!

7 comments:

Anonymous said...

salam, seronok saya baca crita awak..xsabar rasanya nk ke sana hujung bulan ni..saya pun menginap d hotel yang sama.boleh x saya tau mcmana nak hubungi en. hairul tu? dia manager hotel mitra tu ke?charge dia berapa jika dia ambil dari airport?

Unknown said...

boleh msg di fb dia Hairuss Ali Mohd.
En. Hairul mmg frenly dan servis yang terbaik dgn harga yang berpatutan. Boleh runding dengan dia pasal harga :)

Anonymous said...

saya boleh bagi rp. avanza tahun 2013 Rp. 450.000/hari, sila lihat fb : rooni_h80@yahoo.co.id,

Anonymous said...

hi..total awak spent kt sne brapa rm ye? flight penginapan mkn transport n shopping sume. bulan depan nak g sane so just nk kire2 budget.. ingat nk wat cm awak jugak. g sane sini sendiri2 je tp takut sesat pn ade.. pls reply ye..1 st time nk g negara org ni. huhu..

Unknown said...

erm xigtla berapa total spent. but i dont think more than rm1k .. huhu..

Anonymous said...

toilet mitra arena ni dekat dlm bilik ke luar bilik?

Anonymous said...

toilet hotel mitra arena ni di dalam bilik ke di luar ye?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...