Saturday, December 31, 2011

Romantiknya dia suatu ketika dulu!

Update entri dengan penoh kelajuan. Ini merupakan entri terakhir untuk tahun 2011. Semoga tahun 2012 menyaksikan lebih banyak entri update daripada ku! Hehe

Sedang aku sibok mengemas dalam almari aku tadi, aku terjumpa sesuatu yang buat aku tersenyum. Perasaan berbunga-bunga seperti saat mula bercinta dulu.. Huhu, bahagia nya waktu muda remaja dulu. Sewaktu si teruna mengorat si dara. wah wah wah.. Indahnyaa~~ 

Nak tau ape aku jumpa yang wat aku berbunga-bunga tersenyum tersipu-sipu malu kesorangan? Hehe, ni laa dia.. Tengok le kalu tak malu :P

Perkahwinan yang dinantikan

Okay readers, ini adalah entri sebenar selepas entri melalot tentang subjek utama   (memperkenalkan kakak).

Sampai aku terlupa nak wat entri ni disebabkan kehidupan yang super busy! (ye doppp?) Biasalah, nak bukak sekolah ni kan, macam2 aku sebagai guru kene lakukan... Haritu guru besar da meeting, kate 4hb bukak sekolah, pastu esoknya meeting lagi sekali kate 3hb plak bukak sekolah. Aku ni sebagai guru kelas, mane tak kelam kabutnya! Baju sekolah anak pon tak beli lagi!! Haisshhh.... (harap maaf, tensi sebenarnya lepas IPG aku tuka tarikh masuk belajar).

Wokey, back to the topic. My sister got married 16 Disember yang lepas. And the Reception took place 17 Disember. Saya selaku adiknya cum off. videographer haruslah merekodkan momen2 terindah ini kan? So disini aku lampirkan video mereka semasa akad nikah, bagi sesapa yang tak tengok lagi lah.


Thursday, December 29, 2011

Tentang Dhia vs Ombak Rindu

Tepat jam 7.56p.m tadi, maka tamatlah cerita Tentang Dhia yang selama ni menjadi tontonan ibu-ibu, makcik-makcik dan anak-anak dara (aku letteewww) sekalian. Sesungguhnya, di saat aku menaip entri ni, berpusu-pusu manusia yang menjadi peminat tegar Tentang Dhia mengupdate status masing2 berkaitan cerita ni. Rata-rata menyatakan perasaan mereka tentang ending cerita ini yang tak disangka-sangka.

Yelah, i dont think this is one of those typical Malay drama ending, where both of the hero and heroin die. Kalau yang typical ending, either both live happily ever after or one dies, and the other one live hapily with the second hero/heroin.


Wednesday, December 28, 2011

Semakan Daftar Mengundi



Saya sudah mendaftar. Anda bagaimana?

Heh. ayat nak poyo. Aku dpt tau nak cek ni pon dari Abg Nara.

Korang nak semak status korang?

Tak Pecaya Ke dia Kakak saya?

Saya ade sorang kakak. sorang je. takde lebih-lebih. Nama dia Nana. Saya suka kakak saya. Dia pandai masak. Sume dia masak best. Sume dia masak sedap. Sekali dia masak, mesti banyak-banyak. Macam 1 lori askar nak makan! Dia suka masak. Sebab tu bile dia ada dekat rumah, saya malas nak masuk dapur. Hehe (alasan).

ni kakak saya





Sejak kecik lagi (yeke?), sejak remaja la.. kita tuka. Sejak remaha lagi, orang selalu compare kan kita orang. Bukan compare mende. Kengkadang tuh bile pegi jejalan ngan family ke or raya, ke rumah kawan-kawan parents, mesti ada yang cakap "Eh, kakak nye besar, adiknya kecik je". Perlu ke mention tu? Kalau aku jadi akak aku, tecit ati tau.. Tapi mungkin akak aku da biasa kot. Heh. 

Monday, December 26, 2011

Kami dah kahwin. Anda bila lagi?

Mungkin laptop aku terlampau banyak sgt virus. Mane tak nya, download macam-macam. Sampai Videostudio (VS) aku pon da jadi bengong skang. Nak godek-godek, aku tak tau. Kang jadi lagi rosak. Tapi by hook or crook, i need to get the videos edited. Maka terpaksalah aku redah jua VS aku yang mcm boddo nih.

Thursday, December 22, 2011

Tak tau nak letak tajuk ape, sebab otak blank tak boleh pikir, kalau pikir bebanyak lagi sakit kepala ni. So baca je la yekk

Fuhh. Kenapa berat sangat and pening sangat kepala ni pon tak tau. Tau. tapi buat-buat tak tau. Heh. Lepas tengok Tentang Dhia Maghrib tadi aku tido. Pukul 10 lebih bangun. Petang tadi tido gak. Kene bebel la kejap ngan ibu. Banyak sangat tido hari ni.

Hantaran Pihak Perempuan

Takde la susah sangat gubah2 hantaran ni. Senang jek.. tampal-tampal sket ribbon, letak bunga, gam renda-renda. voila! Siap... Yang buatkan ia susah is, bila buat kerja beramai-ramai. Nanti adela suara makcik-makcik bising. Tak lawa lah. tak cukup kreatif la. pok pek pok pek.

Ini gambar yang aku sempat snap masa wedding akak aku haritu. Gambar hantaran-hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki. Adela 1-2 yang aku buat gak.. ehehehe....







Tuesday, December 20, 2011

Shopping bodo sorang diri

Pagi tadi pegi hantar Ibu gi sekolah. Then pergi Terminal 1 untuk anta si dia balik. Bas pukul 10.30 pagi. Ibu balik dari sekolah mesti dalam dekat2 nak kul 1 gitewww.. Ape aku nak buat gap 2 hours lebih ni?

Dengan berbekalkan duit yang tinggal sen2 dalam purse aku ni, aku pon buatlah shopping boddo dalam Terminal 1. Lama rasanya aku tak masuk dalam ni.. Zaman sekolah dulu jek rajin. Skang konon da "up", tak pegi dah tempat cenggini.

Dear diary

Kesian aku tengok dia. Kenapa kene kaburi mata semua orang. Kenapa perlu tunjuk dia happy. Sedangkan aku tau hati dia tengah sakit. Pura-pura senyum. pura-pura ketawa. pura-pura bahagia. Mungkin dia takde siapa nak luahkan perasaan dia. Dia ramai kawan. Tapi aku tak tah kenapa dia taknak ceritakan masalah dia kat kawan2 dia. Dia pendam sorang2. Jadi macam ni la. sakit sorang2.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...