Mukadimah
Setelah 4 tahun aku duduk di Terengganu ni, Alhamdulillah aku telah memanfaatkannya sebaik mungkin. Dulu masa mula2 dapat tau tercampak kat pantai timur ni, aku punyela tension gile. Aku bayangkan sebuah negeri yang kuno, dialek ntah hape-hape dan membosankan. Bila aku sampai kat sini, memang tepat jangkaan aku. Memang bosan. Takde wayang, bowling not up to par, takde tempat shopping yang best. Takde tempat lepak. I thought i was gonna die out of boredom here! Tapi, hari demi hari aku fikir, takkan sepanjang 5 tahun setengah aku kat sini, aku nak meratapi nasib aku yang malang ni dok kat negeri yang takde entertainment?? So, i woke up. Muhasabah diri. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau, CABUT LARI!! haha. xde lah... Pendekkan cerita, i learnt how to survive. Walaupun takde entertainment, xbermakna we can't have fun. Terengganu ni banyak historical places to be visited and pulau-pulau yang cantik untuk diterokai. So i made up my mind. Before habis 5 tahun setengah ni, i wanted to go the the 3 most famous pulau here. Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan Pulau Redang.
Pulau Redang. 22.09.11 hingga 24.09.11
22 Sept
Untuk trip pulau yang ke-tiga dan maybe yang terakhir ini (*sedih) kitorg g secara group seramai 14 orang. Banyak kan? Pergi ramai-ramai baru best :). Tapi agak kecewa sikit lah coz my other 2 housemates xdapat join trip ni. Masing-masing ade commitment :(. Yang buat lagi sedih bile ade mulut2 jahat yang cakap kitorg sengaja tinggalkan mereka. Kejadah kitorg nak tinggalkan dorang? Humans and their mental problems!
|
Di jeti |
Anyway, pada hari khamis tuh, kami bertolak dari rumah ke jeti Merang. the journey took about 20-30 mins. Dekat je rumah aku ngan jeti baii.. Orang laut la katekan :P. Kitorg gerak agak lambat. Sepatutnya kalau ikot pakej, pukul 9 pagi dah kene ade kat jeti. Tapi kitorg ni sume students pantai timur kan, so pagi tu ade kuliah. Mintak adjust dengan agent, dorang bagi gerak petang. Tapi burn la makan pagi and 1 snorkeling trip. Pakej ni include 3 snorkeling trip, so skang tinggal 2 jelah. Dekat jeti, time is not wasted, kitorg terus load barang and ready to vroom3~~!!Journey dari jeti nak ke pulau, aku xingat sangat, tapi dalam 30 minutes kot.. or less. Kitorg naik speedboat. Lajuuuu~~~ but a bit bumpy coz it's already the evening so air laut pon agak dasyat la gelora dia. Tapi tak sedasyat masa kitorg nak g Perhentian dulu. Itu sampai lebam2 bontot. hahahaha...
|
boat yang kami naik |
Sampai kat pulau, we checked in kat Redang Lagoon Resort. Resort ni diusahakan oleh sepasang suami isteri yang sangat comel! The uncle is chinese muslim. Aunty plak macam mamak sket. Diaorg kalau interact with each other, speaking jeh. comel gile! Diaorg sangat friendly. Sume orang dia tegur. Tak kekok pon kalau bila borak2 dengan dorang. Dorang ade bela 2 ekor kera and sekor kucing. Kucing nama dia putih.Kera2 tu nama dia Bella and Joko. Joko sangat garang ok! Dia manja dengan Uncle jeh. Memilih!!
|
Our rooms. yang ade kain biru tu bilik saya :). |
|
Inside the room :). |
|
The bathroom. Quite clean kan? :) |
After minum petang, it's leisure time. We used the time to take photos of each other. Posing sana, posing sini. Baring guling2, lompat2, wat muke comel.. Sumeorang xnak lepas peluang. Bukan selalu dapat g holiday reramai macam ni kan? Lepas da puas photoshoot, ada yang pegi mandi laut plak. Siapa tak geram weh.. Laut dia biru sebiru birunya! Subhanallah! The water is so clear u could c the bottom and the fishes swimming in it!
Akhirnya malam pon tiba. Malam ni merupakan BBQ nite. Apa yang bestnye kat resort nih, untuk BBQ nite, bahan2 untuk di BBQ smua disediakan oleh pihak resort, kami just tolong bakar jeh.. So dapatla rasa mcm kita sendiri yang wat BBQ tuh kan. Best. Pengalaman yang best. Cuma yang tak best nye, malam tu hujan.Nasib baik xspoilkan agenda sebab BBQ bawah atap.Makanan yang disediakan? Mee goreng, nasi goreng, ayam, ikan, udang, coleslaw etc. The rest of the nite, kitorg spent dgn melepak dan merayau keliling pulau. Rugi kalau tak merayau beb.. Macam-macam kita boleh jumpa. Manetau untun badan, jumpe mat salleh nga bogel ke kan. hahaha...
23 Sept
|
breakfast! not mine tho :P |
Hari yang dinantikan. Hari yang penuh dengan aktiviti. Pagi tuh, resort sediakan breakfast macam biasa. Aku makan nasi lemak and roti bakar. Sedap!Lepas breakfast, around 10 a.m, our first snorkeling trip starts. Kitorg di bawa ke marine park. We spent 1 hour there. Best jugak lah kat situ. Dapat tengok kapal karam yang sangat besar! Seram woooo.. Ikan-ikan kat situ pon lawa. Macam2 kaler ade. After 1 hour, kitorg gerak balik ke jeti. On the way balik, kitorg jumpe dolphins! Subhanallah. Ini pengalaman yg memang xdapat aku lupe. Dolphins tu dia lompat depan kitorg kot! Best gile! Tapi sorang pon xsempat nak snap gamba. huhu.. Kitorg cube nak kejar dia ngan boat, tp dia macam main hide and seek ngn kitorg. damn.
|
10% of the kapal. yang tenggelam lagi banyak hidden! |
Lepas balik bilik. Kitorg lunch pulak. Masing-masing makan dengan banyaknye. Penat kan snorkeling pagi tadi. Pastu rehat2 kan diri untuk sesi seterusnya dan yang terakhir dalam pukul 2 petang. This time dia bawak g satu tempat tu, ape ntah namanya. Kat situ just untuk tengok2 ikan la. nothing interesting there. We also spent 1 hour there. Honestly, snorkeling kat Pulau Redang tak se-best snorkeling kat Perhentian. Kalau kat Perhentian, the guide akan bawak kite ke different points. Ade turtle point, shark point, fish point, marine park, tengah2 laot and macam2 lagi. About 4-5 point jugak la. And snorkeling dari pagi sampai petang. Sampai Muntah!Literally! I was expecting that kind of snorkeling trip here in Redang, tapi tengokla ape yg aku dapat. Resort2 lain pon macam tu jugak package snorkeling dia. Maybe kat Redang ni xde point-point yang menarik kot untuk di bawak. Bottom line, Im a bit disappointed with the snorkeling trip.
|
fishes!! |
Balik dari snorkeling, aku dengan beberapa orang kawan buat snorkeling sendiri kat tepi pantai. Best jugakla. Dapat jumpa ikan nemo and satu ikan ni yg sangat besa and ade 2 gigi depan. Haha. Seram weh bile gi dekat ngan dia.
That evening, the boys main beach volley ball. Dorang maen dengan abang2 pulau kat sana. Abang-abang pulau pun friendly jugak. I guess sume org pulau friendly kot.Aku dok kat hammock jeh. Layan angin pulau di waktu petang. Ini kelebihan Redang. Environment dia lagi best dari Perhentian. Bagi pendapat aku lah. Hammocks cukup banyak untuk para pelancong bersantai bawah pokok tepi pantai. Sampai ade yang tertidur la kat hammock tuh.. huhuhuhu...
|
hammock yg sememangnya best! |
Malam tu lepas dinner, ade konsert kat resort sebelah. Saje jela g tengok. Konsert chinese rupenye.Haha.. layankan saja. Konsert rock plak tuh. Habis concert tuh, jalan pulak ke resort sebelah lagi satu. Dia ade open bar . Ade penyanyi jugak. Chinese, but she sings english song. Suara dia sedap jugak lah. So we stayed to listen for a couple of songs. Tengok mat salleh and chinese yang tengah half mabuk layan menari2.. hahaha...
24th Sept
|
hari last~ sedih! |
Last day here. After breakfast, ade antara kami yang decide to take a dive one last time. Aku macam malas sebab dah mandi. So tengok je la dorang mandi. Mule-mule macam xde perasaan. Tapi bile tgk dorang main terjun2 dari batu, aishhhh~ macam best la pulak!Tapi aku dah mandi, malas nak kotorkan badan balik. Terpaksa la pendam perasaan. Before balik, we spent the last hours chatting with auntie and uncle. Bella the kera sangat sayangkan uncle. Sesiapa yang try nak harm uncle, dia akan marah. Marah sangat! Tapi Bella quite friendly. Kita boleh belai2 dia, bagi dia makan.. Just don't hurt Uncle!
|
Uncle, Bella and Putih |
|
Bella memang rajin cari kutu :) |
|
This is Joko. Only Uncle yang boleh pegang. Dia sangat aggresive! |
Before balik, we had our lunch for the last time there. Food at Redang Lagoon was amazing!Sangat sedap. And plenty of choice! I would recommend anybody to come here. Bilik superb, food superb, frienliness superb. Semua superb! Except snorkeling trip. Tapi itu, semua resort kat Redang pon macam tu kan (if im not mistaken la).
|
Last lunch |
|
The ONE and ONLY group photo |
Masa naik boat nak balik tuh, mostly aku tengok muka kepenatan jeh. Aku banyak habiskan masa atas boat melelapkan mata. Terasa weekend yang sangat packed dan penat. Ahhhhh~ tapi berbaloi :D.
Goodbye Pulau Redang!
p/s: sesiapa yang berminat nak gi Pulau Redang or Perhentian, contact la
DIA ni. Compem boleh dapat harga murah! Just PM him :)
4 comments:
Pulau kapas pun best, dah banyak kali dah aku g sane! pantai die putih cantik sangat2, air pun cantik je biru. 1st time aku pegi dulu, pegi skali ngan nabila. cume kt sane x semaju macam pulau redang & pulau perhentian. snorkelling pun xberapa cantik sangat kt pulau kapas. Kat pulau kapas pun bole jungle treking. ^^
Pulau kapas was the first pulau yang aku pergi kat tganu nih. Memang tak boleh lawan Redang n Perhentian. Thats why, kalau orang yang nak pegi pulau, aku rekemen Perhentian or Redang :). Coral dia xsecantik Perhentian.
aina.... dah lama sangat teringin nak pergi pulau redang... best tak...?
akak pernah pergi pulau kapas, tapi pulau kapas mcm tak best sangat... tempat akak pergi tu... banyak obor2, nak mandi pun tak syok...
Pulau Perhentian pun akak pernah pergi.. memang super best.. first time tgk air crystal clear...
aina rasa redang dengan perhentian mane lagi best...?
lepas ni teringin nak pergi pulau mabul, sabah... jom2..
(p/s: dulu masa dapat belajar kat terengganu pun nangis2 sebab rasa terengganu tu takde ape2.... hahaha. last2, dapat kahwin dgn org terengganu... hehe. Aina pun sama kan... InsyaAllah)
From my experience n dgr org cite, perhentian coral and sealife lagi best. and memang betul. perhentian is the most beautiful of the 3 islands :).
Tapi yang redang ni kami suka suasana di chalet dia. environment dia.
ehem2, ade jugak hajat nak pergi mabul sebenarnya.. hehe. tp KIV dulu :)
Post a Comment