Sunday, September 25, 2011

Touching! Perkataan yang paling sensitif

Is it just me or every one around me starting to get more and more touching every day? Lama-lama aku pon boleh join persatuan touching ni.

Definisi "touching" abad ini: Terlebih emosi terhadap sesuatu perkara. Mudah tersentuh dan berjauh hati dengan rakan yang sedang membuat lawak atau memberi pendapat yang jujur

Sebenarnya bagi aku, perkara touching ni benda remeh je. Tapi bile someone tu dah tooo touching, and sikit2 nak touching, uishhh, boleh jadi satu perkara yang membebankan. Hidup anda yang ceria pon boleh bertukar menjadi moody dengan kehadiran orang yang mcm ni. Last-last kite terjoin sekali touching ngn dia! haha.

Pada pendapat aku, orang yang touching ni adalah orang yang sensitif. Bila sensitif, dia mudah tersentuh. Kadang-kadang tu, kita niat nak melawak je, tapi tak pasal-pasal TERlukakan hati dia. Lepas tu mulalah menarik muka masam, muncung itik panjang sedepa. Comel sangat la macam tu? Haha.

Actually, bile pikir balik, aku xde masalah ngan kawan-kawan sekeliling aku yang kuat touching ni. Cuma kadang-kadang tu quite annoyed bile, dia melawak dengan kita boleh, tapi kite nak melawak dengan dia xboleh sbb nnt dia touching.. Ammmmmbbboooooiiiii~~



kengkonon muke tacingg habes la ni?
p.s: tak suke jugak orang yang, dia guna barang orang takpe, tapi kite tak boleh guna barang dia sebab dia seorang yang "menjaga". DAMN!

Wednesday, September 21, 2011

Ubatnya.



Kalau perempuan merajuk, pujukla. It's that simple. Jangan biarkan dia pergi dengan perasaan marah dan geram dan sedih dan bermacam-macam lagi perasaan yang negatif. Walaupun esoknya dia kata dia dah ok, tapi hakikatnya, dia pendam. Bila pendam, jadilah kes ungkit mengungkit. Bila kes ungkit mengungkit, tercetuslah pergaduhan. Bila tercetusnya pergaduhan, maka hubungan semakin retak. Bila hubungan semakin retak, ianya menunggu belah. Apabila dibelah, maka putuslah ia.

 See the chain? It's all because of one small thing. Kesimpulannya tuan- tuan, kalau kekasih hati pengarang jantung tengah merajuk, cepat-cepat pujuk. Macam-macam cara boleh nak pujuk. Bukan setakat sweet talk je, you can tell jokes, engage her in a conversation, make surprises, takkan tu pon aku nak ajar? Paling terok pon, ko google la "cara-cara nak pujuk awek yang tengah merajuk", macam-macam ko dapat. Kapish??

Sunday, September 18, 2011

Berbaloi-baloi Makan Di RADIX FRIED CHICKEN!!

Straight to the point tak title post kali ni?

Haha.. itu tandanya aku bukan dalam mood creative untuk memikirkan tajok yang bombastic untuk attract readers.

Kali ni aku nak promote kat sume pasal this one new fast food restaurant tha i hv just discovered. teeheee kuno nye saya baru tahu. Actually, kejadian ni dah seminggu kot berlalu, tapi kes malas nak transfer gambar ke laptop menyebabkan update post menjadi lambat. Ape da ayat aku wat macam pening nih?????

First of all, jumaat yang lepas saya dan si dia pergilah jelanan K.T mencari bende yang dicari tetapi tidak dijumpai. haha.. apekah benda itu? tidak penting untuk dinyatakan disini kerana tidak berkaitan dengan tajuk. Makanya apabila perut kami berasa kelaparan, saya mengutarakan hasrat dihati untuk makan di Radix Fried Chicken. Sesungguhnya semasa saya memberi cadangan itu, saya sama sekali tidak membayangkan ianya merupakan sebuah fast food restaurant. Saya bayangkan ia hanya kedai makan biasa.

Setibanya kami dilokasi, btw, kepada sesapa yg nak g, lokasinya berdekatan dengan Stesen Bas MPKT. lebih spesifik punye lokasi, aku xreti nak ckp pasal bangunan dia tersorok sket. Anyway, sampai di sana aku jadi macam "wahhhh,,, orennnnnnyyeeeee!" and "waaaahhhhhhh~~ ade kaunter mcm KFC!".. Disaat itu baru aku tau rupenye RFC ni adalah fast food restaurant. hahahaha....

Cakap banyak n cite panjang pon tak gune.. so straight to the point, mmg berbaloi2 la makan kat sini. Ayam dia siyess lagi BESAR dari KFC and harga dia jauh lebih berpatutan dari KFC. mmg tak rugi la nak makan kat sini.

Enjoi la beberapa gamba yg sempat aku snap semasa berada di sana.. (skemanyeeelah ayat ku ini)

dia order ala2 dinner plate kt KFC tuh.. tp ni lg berbaloi2!

saya order nasi tomato.. bru rm6-rm7

air pink guava n bandung

sgt spacious okeh!

cawangan2 yang ada... blurr rupenyer.. haha..

Thursday, September 15, 2011

18SX Guessing Game???

How fast can u guess these words?

1. BOO__S


2. __ __ NDOM


3. F__ __ K


4. P__ N __ S


5. PU __S __


6. S __ X
























answers: 1. books. 2. random. 3. fork. 4. purse. 5. pants. 6. six.

HOW MANY DID YOU GET RIGHT???? hahahahahahhahahahaa

Tuesday, September 6, 2011

Berdiri Atas Kaki Sendiri

Haven't done this for quite some time now. I have been quite a spoiled brat for yearssssss.... Depend too much on particular person.

But what happened last week, woke me up from my long hibernation. I have to get back up again. on my own. I need to be miss independent again. Do everything without the help of that person. I need to learn to stand on my own feet because, one day, sooner or later, i'll be all by myself and there will be no one to help me.



besonye lobang idong :P


ps: thanks for waking me up. though i know u didn't intend to. 

Sunday, September 4, 2011

Raya ku 2011

Hari ni dah 5 Syawal. Maknanya dah 5 hari umat Islam seluruh dunia menyambut hari raya.

Hari ni ape je aku buat??? Takde wat pape.. dok umah, online.. Ehh, japp!! siang tadi g open house umah kat kampung ni.. tu je laa... Agak bosan kan.. Memang bosan. Title post pon dah melambangkan kebosanan raya ku.. heh..

Anyway, di saat kebosanan ini, aku nak share dengan semua readers pasal raya aku tahun ni.. Aku malas nak tulis sebenarnya, tapi adela sorang reader kat chat box aku tuh da bising suruh aku hapdet blog kan.. Hahha.. YOU KNOW WHO YOU ARE!!

Al kisah nya.............


Malam raya: last minute shopping di Dataran Senawang untuk mencari baju raya aku lagi 2 pasang.. kengkonon nak carik warna peach and grey. Pusing-pusing dari pukul 10.30 sampai pukul 12.30, tak jumpe2 jugak baju yang berkenan... Tak cukup vogue lah,terlampau simple lah, jarang sangat lah, warna xlawa lah.. Last2 mak aku dah give up layan aku n kata nak balik.. Hah! Terus menggelabah aku. Terus aku g satu booth mat bangla ni yg berdekatan, dia jual jubah2 lawo... Yang aku nak sume xde size aku! damn! Yang aku xnak tula yg ade saiz.. Memandangkan aku xde choice lain, terpaksa la aku pilih jubah hijau tu... Damn la... spoil raya aku.. Bukan baju yg diimpikan :S



ni la jubahnya.. Pakai masa 3rd Raya.


1st Syawal:

 Bangun pukul 8 lebih.. dekat kul 9 gak.. haha.. Malam tu tido lambat sebab jahit manik2 kat baju raya.. Lepas subuh kot baru tido.. punye la ngantok aku di pagi raya tuh... Lepas sembahyang raya, kitorg satu family berkumpul kat ruang tamu. Abah mulakan dengan takbir raya, then salam2 ngn satu family.. Pastu acara yang dinanti2kan.. Duit raya!! Hehe... Yang bestnye, taon ni Abang bagi lebih banyak dari biasa.. Ingatkan dia nak bagi sikit je sbb baru beli keta baru. Neo R3 plak tuh... baru angkut xsampai seminggu... Rezeki~~~  Timekasih abang bagi duit raya yg banyak pada kami semua. hehehehe... Lepas tu, sesi bergambar pulak.. Perkara wajib setiap tahun.. Lokasi yg sama, sofa yang sama.. Hehe..



Then, bertolak balik kampung, which is just 10 minutes away. Kat kampung, sunyi... xde orang pon... yela, atok nenek sume da xde kan.. sedara mara pon xbalek laaa... sedih.. hehe.. emo plak.. no worries, 1st raya mmg sunyi, tapi tunggu la 2nd raya nnt.. rumah kitorg paling riuh tau! Sebab sedara mara sume balik 2nd raya.. hehe... Keluarga aku balik kampung ni pon just nak ziarah kubur atok, nenek, nenek sedara, pak sedara, makcik and moyang yang da meninggal. Habis ziarah, pergi lak beraya umah Nenek sedara yg ade kat situ. 

Puas jalan raya kat kampung, (Adela dalam 4 buah rumah kitorg g), kitorg balik umah kitorg balik, solat Zohor, and pack barang untuk shoot teros ke Selangor. Inila rutin kitorg setiap tahun. Tak pernah berubah. Kat Selangor/ KL ni sume sedara mara sebelah abah. So, memula kitorg head to Klang.. G 2 buah rumah kat area tuh. Sepanjang perjalanan aku tiddoooooo jehh.. Hehe.. qada balik tido malam tadi.. Lepas tu, pergi Cheras, rumah adik kepada arwah nenek, then g Keramat umah mak lang abah. Untuk tido, kitorg balik ke Kelana Jaya, umah adik abah yang kitorg panggil Ucu :). 

2nd Syawal:

Dari rumah Ucu, kitorg pergi menziarah kubur arwah atok and nenek yang tak brape nak jaoh dr kawasan rumah tuh.. Then, bergerak ke Bukit Antarabangsa ke rumah cousin abah, Uncle Yusof. They served us Yong Tau Fu.. hehe.. special kan :P. Last year pon menu yang sama gak kalau tak silap. Then, Pergi rumah cousin abah lagi, Uncle Shaari, kat Kajang. Then last house kat Kajang jugak, rumah adik nenek. Pastu dengan lajunye shoot balik Rembau untuk BBQ di kampung. 

Family sebelah ibu, setiap tahun akan wat BBQ untuk family2 n jiran2 kat kampung kat Rembau every 2nd Syawal. And time ni la sume cousin2 akan balik ke kampung. Masa arwah uwan ade, kitorg wat selang seli, antara 1 Syawal and 2 Syawal. Tapi skang ni, dah tetapkan 2nd Syawal. Lepas BBQ, mulelah sesi memberi duit raya kepada anak2 buah.. hehehe.. aku dikire yang paling tua la yang dapat duit raya lagi. Agak segan jugak la tapi nasib baik ade geng.. Tahun depan insyaAllah last aku akan dapat duit raya. Pasni kene bagi duit raya plak kat bebudak and cousin2 yg muke tak tau malu cm aku skang ni.. hahahhahaa.. 


3rd Syawal:

Sesi jejalan raya dengan pakcik makcik and cousin2 ke rumah sedara mara di Rembau dan di Tampin. Setiap tahun rutin yang sama. Aku pon da naik bosan dah. Masuk keta aku tido.. Hehe. tahun ni pon aku tak banyak amek gamba mcm tahun lepas. Tak tau la nape. Kecewa tak dapat baju raya idaman kot.. Terus effect the whole raya.. Haha.. Over la ko Aina!!!

4th Syawal:

Jejalan raya ngan kengkawan. Ini paling bosan wa cakap lu. Dah la xramai yang join tahun ni. Aku pon hampir2 tak join. Tapi memikirkan kawan2 yang da lama tak jumpa, and ajal yang tak tahu bila, aku g jugak lah... Nasib baik berjaya collect RM20 sepanjang hari tu.. hahahaha..... Terasa segan gile bile parents member hulur duit raya. Nak amek malu, nak tolak rase rugi pulak! :P

Kesimpulan:

Raya ni aku rasa amat bosan. Nasib baik hasil kutipan memberangsangkan.. Haha..





Ps: Selain bosan, aku juga sedih. Sedih sangat :'(


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...