Sunday, December 26, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Poster Hantu Kak Limah Balik Rumah

Weds baru2 ni, went ice-skating with my frens, and later on watched Hantu Kak Limah Balik Rumah (ryhmes rupenye!). Serious, pecah panggung tgk cerita tuh..

Memang xmengecewakan pelakon2 dia. Tapi lagi best kalau ade que haidar n ac mizal. tapi nak wat cmne, katenye mereka da tinggalkan kampung pisang untuk bekerja di Kl.. haha...

Hussin (Awie) balik Kg Pisang lepas 3tahun lebih bekerja di Singapore. Bile dia sampai rumah dia je, dia cam pelik tgk perangai jiran dia, Kak Limah. Dok tepi tingkap sensorang, rambut mengerbang xhengat, n bile ditanya xmo cakap. Hanya asyik nyanyi lagu Enjet-enjet semut. Bile Hussin nak tidur malam tuh, Kak Limah tetibe muncul sebelah dia. Ape lagi, lari lintang pukang la Hussin ke warung Pak Jabit.

Apabila orang kampung siasat, diaorg jumpe mayat Kak Limah yang mereput dan berulat (yucks) kat dalam rumah Kak Limah. Lepas mayat ditanam, everyone thought it was over, but they thought wrong. Hantu Kak Limah terus mengacau kampung mereka. Pak Jabit yang memang bengang ngan Hussin sebab putuskan pertunangan dengan anak dia Che Nin(Umie Naziera) tuduh Hussin pembawa bala. So, org kampung call bermacam2 jenis bomoh untuk hapuskan hantu Kak LImah, but all fail. Ade satu scene lawak where bomoh seru hantu kak limah, tapi hantu TETEK yang muncul.. haha.. cm syial jeh! wa gelak gile bai time tuh.. kikikiki...

Igt tak masa cerita Zombie Kampung Pisang, ade sorang budak laki yang keje dia tembak zombie? Ha, he's in this movie as well.. Da besar da dia. Masa hantu Kak Limah tengah percubaan untuk melompat dari bumbung rumah, budak ni shot her leg and she fell to the ground. BERDARAH. rupa-rupanya hantu Kak Limah bukanlah hantu sebenar. dia rupa-rupanya saket mental dan terlepas dari hospital bahagia. Hantu sebenar adalah Che Nin. Jeng..jeng.. jeng...

Best cite ni actually. Banyak mesej yg Mamat Khalid cube nak sampaikan. mesej yg sampai kat aku adalah:

1. Kita orang melayu ni terlampau busy body! 
2. Walaupun duduk sekampung/setaman/setempat, tapi tidak pernah amek tau kebajikan jiran-jiran sekeliling.
3. Masyarakat kita terlampau cepat sgt percaya kepada tahyul mahyul.
4. Orang yang ade kelulusan setakat SPM juga boleh maju.
5. Kita xley nak harapkan subsidi kerajaan semata-mata. Kita perlu usaha beb!
6. Kalau kita igt kat orang tuh, org tu mesti igt kat kita (untuk mereka yang dah kembali ke rahmatullah)
7. ce cite!ce cite! ce cite! typical malays! haha
8. Bomoh banyak menipu.Plawok!Plawok!Plawok!Plawok!

Ade lagi la msg pasal politik n etc, tapi tak igt dah.. haha...

all in all, i give this movie 4.5 out of 5! terbaek dari ladang wokk...

2 comments:

Nur Fatiha Azaim said...

hee^^ tanx tegur kesalahan aku..
best cyter ni!!

aina mania said...

saling tegur menegur amalan mulia.. eceywah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...