Seringkali kita terdengar dan mendengar tentang masalah perhubungan. Kadang kala masalah yang dialami sebenarnya berpunca daripada masalah yang kecil. Disebabkan ketidakwujudan komunikasi yang berkesan, atau mungkin akibat penglibatan pihak ketiga, keempat dan seterusnya, maka tercetuslah pergaduhan ibarat perang dunia ke tiga. Menyedihkan, pergaduhan seperti ini kadangkala mengheret sehingga terputusnya hubungan cinta.
1. Tentukan garis panduan dalam hubungan!
Ini lah perkara paling asas dalam membina sesebuah hubungan. Ibarat membina sebuah bangunan , tiadanya garis panduan yang ditetapkan, maka bangunan yang dibina tu banyaklah kelemahannya. Garis panduan ni mestilah meliputi kesemua aspek penting yang korang titik beratkan dalam membentuk hubungan yang berjaya. Cara nak membuat garis panduan ni ialah anda harus mengenalpasti arah tuju dan perkara yang anda harapkan dari hubungan tersebut. Mungkin anda boleh menetapkan tempoh masa bercinta dengan menyasarkan suatu tarikh untuk sebuah ikatan perkahwinan. Pasti hubungan itu lebih bermakna.
2. Tegur secara terus dan ikhlas!
Yang ini memang paling penting dan kadang-kadang paling sukar untuk dilaksanakan. Kadang kala pasangan yang ditegur tidak mampu menerima teguran tersebut. Tapi percayalah, lebih baik sakit hati hari ini dari merana disuatu masa nanti. Tegur lah untuk tujuan membina. Tapi awas, teguran yang baik bukan bermakna pasangan tersebut cuba mengongkong tetapi untuk kebaikan bersama.
3- Berbincanglah!
Apabila wujudnya pertelingkahan atau berselisih pendapat, berbincang lah secara matang. Cuba elakkan dari mencetuskan lagi kemarahan pasangan dengan keegoan anda. Setiap yang berlaku, boleh dibawa berbincang. Bukakan hati anda, untuk menerimanya dengan terbuka. Tidak menjadi persoalan siapa yang bersalah atau memulakan kesalahan, yang lebih penting ialah belajar untuk menerima teguran dan sama sama untuk mengubahnya untuk kebaikan bersama.
4. Jangan mengungkit!
Perkara ni selalunya terjadi kepada orang perempuan. Tak dinafikan ada jugak sesetengah orang laki yang suka mengungkit. Walau macam mana pun, apabila sesuatu pergaduhan atau salah faham terjadi, tolong JANGAN mengungkit kembali perkara-perkara dahulu. Seperti kesilapan – kesilapan pasangan kalian yang lepas, ex-ex mereka, dan yang PALING PALING jangan diungkit ialah pengorbanan dan kebaikan yang telah anda lakukan kepada pasangan korang. Perkara – perkara seperti ini boleh mengubah pemikiran/pandangan pasangan terhadap anda walaupun selepas kalian berbaik semula nanti. Ini kerana pasangan akan merasakan anda tidak benar-benar ikhlas apabila melakukan sesuatu. Akibatnya, apabila anda berkorban masa/buat perkara-perkara best di masa akan datang, pasangan akan kurang menghargainya.
5. Jangan KONGKONG!
Ada sesetengah pasangan yang suka mengongkong. Penyakit ni memang ada tak kira pada laki atau perempuan. Anda harus sedar yang anda sedang bercinta dengan manusia. Bukan kucing atau burung yang korang boleh letakkan dalam sangkar. Jadi tak perlulah anda nak menghalang pasangan daripada melakukan perkara yang disukainya. Biarlah si dia bebas untuk keluar bersuka ria bersama rakan-rakan sekali sekala. Asyik-asyik dengan korang jer kan? Tak perlulah anda memaksa pasangan menghantar report setiap minit tentang apa yang mereka lakukan dan sebagainya. Cukuplah sekadar MENGETAHUI kemana mereka pergi dan dengan siapa mereka berada. Tak perlu mengongkong!
Anda masih mempunyai peranan didalam soal ini. Jangan terlalu harapkan pasangan untuk memberi kebebasan kepada anda tetapi anda sendiri lupa pasangan apabila bersama kawan kawan yang lain. Tidak salah sekiranya memberitahu kemana anda pergi kepada pasangan. Sekurang-kurangnya mereka tahu anda selamat.
6. Elakkan cemburu buta!
Inilah penyebab terbesar punca pergaduhan dalam hubungan. Kenapa perlu cemburu buta? Sekiranya anda benar-benar mencintai pasangan, anda seharusnya tanamkan sifat mempercayai pasangan. Perangai cemburu buta ini akan menyebabkan pasangan rimas dan tak mustahil satu hari nanti akan memakan diri korang sendiri, apabila pasangan angkat kaki dan tinggalkan anda terkapai-kapai dengan perasaan cemburu tak sudah itu. Nak ke jadi macam tu? Kalau taknak, henti-hentikanlah perangai tak bagus tu. Tak perlu nak tuduh melulu dan check2 msg kt inbox dan sent items dalam handset pasangan anda. Kalau betul pun dia sedang curang, satu hari nanti akan terbongkar juga. Bak kata pepatah, mana mungkin menyorok bangkai gajah.
source: raikancinta.com