Friday, July 29, 2011

Raya datang, aku menggila!!


Dalam masa sebulan lebih lagi, kita akan menyambut HARI RAYA!!! hoooorayyy!! (puasa pon belom lagi, nak raya pulop) :S

Pedulik hape aku.. hahahahahah.... nak pakai baju raya yang camna eh kali ni? hikhikhik.... Sesungguhnya aku mengaku, sejak 3,4 tahun ni, baju raya aku mengelip2, sehingga mampu menyilaukan mata pemandu UFO di planet Pluto sana.. HAhaha... Nak wat cmne, mak mmg suke over nokkksss~ terima mak seadanya ye :P.

Tahun ni tetibe rerasa nak pakai jubah la u olss.. Haha, tp bukan jubah yg bese2 tuh... Hok ni, hok modeng punye.. bile da modeng ni, jubah pon xde rupe jubah dah... mcm dress je aku tgk nye... dunia!dunia! Nak tgk tak? Tak nak? Nak? Tak Nak? Nak tunjuk gak.. peduli hape mak, ni blog mak!! hahahahhaha

Baby pink and blue..cute!

peach! sgt pretty!




i loike the design!

peach lagi! love peach!

yang ini sgt comel ok!serious comel! ahax




ps: tp harganya sume RM150++++... xde yg bawah Rm100 ke? mak xmampu nokksss~~~


source: http://www.facebook.com/jubah.elegant
           http://www.facebook.com/profile.php?id=100001995760098

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday




Percubaan meniru semasa peperiksaan oleh murid tahun 2:

Sara: Bella, boleh dok mung tolong tulis 1,2,3, yang nombor lima, kekgi mung hantar

Bella: Nombor lima yang mana?

Sara: yang nombor 3 bahagian B. Mung bagitahu lah nombor lima A has manggo

Bella: Sara, yang section B...... (kertas dirampas cikgu Aina)


ps: Although it's wordless weds, i think i ought to jot back the dialog, coz it looks like so hard for u readers to read :)

Tuesday, July 26, 2011

Doa Untuk Kekasih (2)


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Allah Al-Khaliq,
Terimakasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan ku dengannya.
Terimakasih untuk saat-saat indah yang boleh kami nikmati bersama.
Terimakasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama.
Terimakasih untuk setiap saat-saat yang berlalu.

Ya Allah,
HambaMu ini datang bersujud dihadapan-Mu,
Sucikanlah hatiku Ya Rahim,
Sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.



Ya Allah Yang Maha Mengetahui,
Jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
Janganlah biarkanku merindukan kehadirannya.
Janganlah biarkanku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikiskanlah pesonanya dari pelupuk mataku
Dan usirlah dia dari relung hati ini.
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih pada-Mu yang tulus dan murni.
Tolonglah diriku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat.



Ya Allah Al Wadud,
Tetapi jika Kau ciptakan dia untuk hambaMu ini, 
Satukanlah hati kami Ya Allah,
Bantulah diri ini untuk mencintai, mengerti dan menerima dia sepenuhnya dan seadanya.
Berikanlah ku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangi hatinya.
Bantulah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerimaku
Dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh-sungguh mencintainya


Allah Al-Wajid,
Jadikanlah dia insan yang akan menyejukkan jiwa ini,
Dan insan yang akan sentiasa mengingatkanku kepadamu disaat ku alpa,
Dan jangan kerana dia, aku lupa terhadapMu Ya Allah, serta lalai mengingatkanku,
Tetapi dengan besarnya cintaku kepadanya, menambahkan cintaku kepada Penciptaku yang satu Ya Allah



Allah Yang Maha Kekal,
Sesungguhnya aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik untuk hambaMu.
Luka dan keraguan yang ku alami pasti ada hikmahnya.
Perselisihan ini mengajarku untuk hidup makin dekat pada-Mu, untuk lebih peka terhadap suara-Mu
Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.

Ameen.

source:didats

Doa Untuk Kekasih

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...


Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...


Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...


Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...


Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...


Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.




source: Tentang Cinta




Monday, July 25, 2011

Bersalin dalam air? Water Birth?

Redundant title? :P

Anyway, i think we have all heard the news aite, bout Dr. Halina (the astronaut's wife) gave birth to a lovely little princess called Sophea Isabella? This entry is not to talk about the cuteness of the baby, altho she's super damn smoking cute! But! the method that Dr Halina used to gave birth.










Water Birth. 




gamba paling sopan aku jumpe. yg laen sume, topless! sila jgn search google image ye :P







Or in Malay, we call it BERSALIN DALAM AYAQ.




kalau search gak google image, sila taip "bersalin dalam air", not "water birth". The latter, pictures sgt 18SX







Bila dengar je bersalin dalam air (tetibe typing bm plak), mesti ramai orang kita (melayu/malaysia) shake2 their heads mcm nak wat head banging bile dgr lagu rock kan?  Ramai yang pikir it's against the nature to do this coz we are risking the babies' lives. Takut baby lemas lah, kene infections lah, tak selesa lah, merepek la and what not. Banyak betol yang negatifnya. Tapi, pernah tak kita wat research mana asalnya water birth ni and kebaikannya pada baby itu nanti.

Ok, sebenarnya, have heard bout this method before. And adelah pernah nampak dalam beberapa movie English yang guna method ni ni untuk bersalin. Tak ingat plak tajuk cite tu, but twas a funny movie kalau tak silap. Agak huru hara la the scene. Haha. So at that time, i didn't see any good bout this water birth majiggy.



Until now. I did some research and mmg ternyata, water birth mmg banyak kelebihan dari cara bersalin biasa.And tidaklah sehuru hara yang digambarkan dalam movie yang aku tgk tuh... Haha.. Sangat tenang dan relaxing ok! Macam g spa je rase. Padahal nak beranak!

 It's advantages are:

1. Si ibu berada dalam keadaan lebih relax terutama apabila berhadapan dengan kontraksi.
   - keadaan dalam air menyebabkan tubuh badan berasa lebih relax. Tak caye? cube satu hari tu anda tgh stress yang teramat sgt, then rendamkan diri anda dalam bath tub. Sure hilang segala stress tuh

2. Si ibu boleh berada dalam ape juga posisi semasa melahirkan
   - Keselesaan itu perkara paling penting sekali. kolam tu bole tahan la besonye. suami pon bole masok sekali.Haha. Ko nak telentang ke nak meniarap ke sukehati ko. And u can use the sides of the pool for support.

3. Mengurangkan labour pains
-  bile kite relax, our body xpressure kan. kuranglah labour pains.

4. Daya keapungan
- Bila anda dalam air, anda akan berasa lebih ringan. So, anda bebas untuk bergerak dalam pool tu untuk mencari keselesaan. Hence, less pain.

5. Kelahiran yang tenang untuk bayi
- Trauma pertukaran ke dunia baru kurang dirasai oleh bayi yang lahir dalam air. Air suam dalam pool, feels like the water from the womb to the baby. That's why, baby yang lahir cara ni, mereka tenang dan kurang nangis daripada bayi yang lahir cara biasa
- Easy to say, water birth adalah kaedah paling semulajadi untuk melahirkan anak.

6. Si ibu boleh sambut sendiri anak mereka
  - Most ibu2 di luar negara yang guna kaedah ni akan sambut sendiri anak mereka dalam air. Midwife dok tepi je bagi support. Experience yg cam best beb!

7. Mengurangkan risiko koyak
   - air suam dalam pool melembutkan tisu di kawasan perineum (area antara vagina dan anus) membuatkan ia lebih lembut dan stretch supaya kepala bayi dapat keluar. Maknanya, si ibu less likely to undergo episiotomy (yang kene gunting2 tuh!scary!!)


Kepercayaan karut!:

1. Bayi akan lemas
- Nan hado. Baby ni dia ade satu kebolehan yang dipanggil "dive reflex". Dengan menggunakan naluri baby mereka (cam superpower la plak), derang bole tutup saluran pernafasan mereka untuk menghalang mereka daripada bernafas dalam air.
- Usually, pas baby tu kuar dari mak dia, paling lama bayi ditinggalkan dalam air xlebih dari 10 secs.
- Selagi baby tuh tak kua fully dari mak dia, jgn gegatal nak angkat kepala baby tu ke permukaan. Itu yang wat baby tu lemas!





So far kat Malaysia ni, satu hospital ke yang ade method ni. Pantai Hospital Kuala Lumpur. Nampak sangat betapa tak fofularnya method ni (and maybe mahal jugak kot). Tapi kalau kat oversea, siap ade yang wat water birth seniri kat umah. giler kentang! Tak perlukan doc pon. First Malaysia's water baby was born in February 2008 at a weight of 3.64. Menurut si ibu, ini merupakan kelahiran baby mereka yang ke-4 tapi yang pertama dalam air  dan merupakan yang paling tenang dan senang.

source: http://www.waterbirthinfo.com/benefits.html
            http://www.americanpregnancy.org/labornbirth/waterbirth.html
            http://www.asiaone.com/Health/Women%2527s%2BMatters/Story/A1Story20080216-49985.html



Ps: Nak jugakla bersalin dalam air. Harap2 time aku nnt da murah dah. hehe

Monday, July 11, 2011

Macam ni ke nak posting jauh?

Tak sampai 24jam xpat contact, dah gelabah semacam.
Lexx la... dia g panjat gunung je kot..
Biase la tu kat atas takde line kan..
Jangan la gelabah sangat..
Sampai nak pikir dia jatuh gaung plak..
wahahahahha...
imaginasi tinggi betul eh?
haha.. sabar2...

Itulah dia kisah sy harini...
Dia g panjat gunung ari sabtu-ahad.
Ari sabtu mase dia panjat tu adela dia call...
It was late evening... then pas maghrib sampaila the next day langsung xdapat contact dia.
So, sebagai seorang kekasih yang caring lagi penyayang, maka perasaan risau ni membuak2  la kan? kan?kan??
Takut apa2 jadi kat dia masa panjat gunung tuh kan...
Yela, dia janji kateby lunch, dah turun dah.. tp i waited till NIGHT kot.... still nothing...
Dahla everytime call, asyik unreachable jeh... Sape tak riso beb...

Then at 10pm just now, he called...
Fuhh, lega hati..  (eh, sampaila 24jam..haha)
He said, baru je turun n dapat line + batt dia flat. Ni pon pinjam phone orang lain.
Tibe2 mata ni berkaca2 plak kan.. apekah???
Terharu??
wahahahahahha... emosi sungguh..

Ni baru panjat gunung and tak dapat line
Posting jejauh nanti macam manakah?
Tu la, dulu cakap besar sangat....
Tp manela tau kan.. Maybe i can be as strong as iimagine.. kan? :P



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...